Thursday 26 September 2013

Akibat Salah Plan, Aku Sekarang Tenggelam dalam Lautan Hutang!

Tatkala aku sibuk memberi tips-tips kewangan kepada kawan-kawan, aku terlupa yang kewangan aku sekarang sudah masuk zon MERAH! 

Life bouy ini enggak bisa menyelamatkan kamu di lautan HUTANG!
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rancangan aku tak berjalan seperti yang dirancang. Masih korang ingat cerita cash out dalam entri refinance rumah aku yang lalu, sampai sekarang masih tak setel lagi. Sejak aku sign LO pada Mei 2013, hingga 'la ni' duit cash out masih tak masuk-masuk. Poning pokcik berperang email dengan lawyer & banker nak suruh cepat disburse duit, tapi jawapan standard aku terima, "money on the way"! 

Apa punca aku boleh hanyut ni?

1. Rumah dah siap! Aku lupa dalam bulan 8 aku dah kena start bayar penuh installment rumah. Rumah yang aku beli tahun tahun 2009 dan 2011 (rujuk entri inflasi ini) sudah 100% siap dan developer dah panggil suruh ambil kunci. 
Installment aku pon sudah double up, dari sejumlah RM 600-1200 sebulan (progressive payment installment under construction untuk 3 tahun) untuk kedua-dua rumah ni menjadi dalam RM 3500 sebulan total. Tidak termasuk RM 230 dan RM 150 sebulan untuk maintenance fee kedua-dua ketul rumah ni.

2. Harga emas jatuh. Aku telah gunakan 70% duit gaji aku dengan galaknya menambah stok emas. 
(Member aku cakap "Orang tamak selalu UNTUNG". Kepala hotak la!)

3. Banyak IPO-IPO yang menarik dilancarkan dalam bulan Jul - Sept ni. Disebabkan taknak tertinggal bas, aku pon terjebak beli jugak.

4. Penggunaan CC balance transfer tanpa kawalan. Balik cerita entri CC aku, aku suka berbelanja pakai kad Maybank 2 Card dan bayar penuh bila due date. Kalau aku tak boleh bayar penuh, aku buat balance transfer ke kad lain. So, CC Maybank aku kosong balik dan belanja balik. Begitu la rutin nya hingga sekarang aku kena bayar bulan-bulan dalam RM 5000 untuk balance transfer sahaja.

Akibat dari "kebijaksaan" aku ni, aku sekarang mengalami cash flow bulanan yang super negatif -50% (maksudnya gaji aku 100%, belanja aku 150%)!

Untuk meneruskan hidup, sekarang aku terpaksa mengorek saving aku tiap-tiap bulan dan meminjam duit Cik Zura untuk bayar hutang-piutang yang ada. Memang ber'nanah' jugak la telinga bila Cik Zura membebel, tapi tahan je la. hehehe!

Harap-harap before hujung tahun ini everything back on track kalo duit cash hasil refinance masuk. Kalau tak, kena jugak buat plan B! 

"Ya Allah, permudahkanlah hidup hambaMu ini, dan ringankanlah kami dari bebanan hutang. Amin"

p/s: On Spending: “If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need."- Warrent Buffet



11 comments:

  1. Stay strong En Farid. I'm sure you'll go through the difficulties and be rewarded at the end of the day. Investment comes with risks. And it's the risks that makes the rewards much more fruitful.

    p/s: It's good that you share your experience here...All the best mate!

    ReplyDelete
  2. kena susun balik...mudah je..
    kalau farid dah pandai susun sebelum ni,
    sure boleh susun balik.

    aku tak percaya kau tak boleh keluar balik.
    Paling teruk pun, jual je semua emas tu.

    nanti update kat sini..apa plan seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for your support Tuanbri..
      insyaAllah akan update apa2 plan baru soon..

      Delete
  3. kejayaan tak selalu dengan jalan yang smooth.. thanks for the sharing.. :)

    ReplyDelete
  4. All the.best bro. I'm positively sure there's a light at the end of the tunnel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro..inSha Allah, Allah tunjuk jalan keluar..Amin

      Delete
  5. nak tau jugak jalan keluar untuk punca no1 dan no 2..

    ReplyDelete
  6. Kalau perlu consolidation / balance refinancing (untuk baki hutang tak bercagar mcm personal loan + kad kredit) saya boleh bantu. 0164386996 - Rizki

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you...buat masa ni, saya masih boleh bertahan (walaupon dah nak karam cam titanic)..
      keep in touch, maybe sy perlukan khidmat tuan in the future..

      Delete