Tuesday 31 December 2013

Cash Refinance Dah Dapat, What Next ??

Selepas aku menulis entri berperang pasal bila refinance aku nak setel.
Alhamdullillah, misi refinance rumah pertamaku akhirnya selesai sehari sebelum cuti Krismas.

Ada member yang tau, ada yang tak tau.
Atas member-member yang tau, mereka terutamanya En. Saiful tanpa segan silu mengeluarkan majalah Motor Trader dan mencadangkan aku tukar "kereta sukan" Wira aku yang berusia 13 tahun tu. Dah reput katanya (kurang ajar btol! hehe). Tapi memang boleh tergugat jugak la, sambil membayangkan betapa aku hensem kalau pakai kereta BMW atau Subaru.

Di mana ada lelaki, majalah ini mesti ada.
STOP, jangan berangan. Aku bukan refinance sebab nak beli kereta.
I have to plan the cash properly.
"Ingat, ini bukan duit aku, duit cash out pinjam hasil refinance rumah selama 35 tahun.!"

Setelah aku campur gaul kan semua benda yang aku tau, ni lah hasilnya. "Belajawan Dec 2013 - Jan 2014."

Summary cash flow dalam bajet kali ini! 
Berikut adalah apa yang aku consider untuk develop Bajet "Mesra Rakyat" yang paling konservatif ni:

  1. First, bayar hutang. Baik bank, kedai pajak mahupun bini, wajib kita utamakan hutang dulu.
  2. Menurunkan komitmen bulanan. Hutang CC dan PL melebihi 5k sebulan menyebabkan Debt Serving Ratio (DSR) tinggi. Susah aku nak buat pinjaman, sampai nak apply CC pon bank dah tak nak bagi.
  3. Membeli emas sebab satu,  harga emas tengah rendah. Dalam 120-130/g. Yakinlah emas sebagai pelindung nilai sejati.
  4. Terus / penuhkan instrument pelaburan yang memberi pulangan lebih 7% setahun. Sebab dalam kes refinance ni, financing rate yang bank bagi dalam BLR - 2.45%. So, dalam 4.15% setahun kadar interest yang kena bayar. Anything above 7% per annum should suffice.
  5. Memaksimakan potongan cukai 2013. Private Retirement Scheme (PRS) dan SSPN adalah antara caranya, terutamanya bila tax bracket kita lebih 20%.
  6. Standby bullet for next investment. Untuk tujuan ini, cash tersebut kena berada ditempat yang senang dicairkan.     
  7. Jimat dari membayar interest yang merepek-repek. Penuhkan balik OD untuk next investment rolling. 

So, itulah kisah perbentangan bajet aku ni. Apa masa ini, 70% dari plan sudah dilaksanakan. Kecuali ASB je tak boleh top up, kena tunggu 2hb Jan 2014.

Itu saja, happy reading. Selamat tinggal 2013.

12 comments:

  1. Beli delay 916 75k - sebulan dapat diskaun rm4250
    Beli delay 999 165k - sebulan dapat diskaun rm12k
    Total income daripada pembelian emas secara delay - rm16,250 sebulan.

    Macam-macam boleh bayar bile ada income tambahan macam tu.
    Sekian.

    ReplyDelete
  2. Gold bar dan syiling 999 item ribawi... x boleh delay. Barang perhiasan emas bukan item ribawi...

    ReplyDelete
  3. dasat encik farid refinance dpt 260k

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn la cakap camtu..malu i. duit pinjam je en Fadzlan...

      Delete
  4. tahniah bro sebab dah dapat cash. hehehehe. nak tanye ckit pasal emas tu. 250g tu barang kemas ke / jonkong / dinar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli jongkong 250g seketul..spread rendah sket..nak order, pm me.

      Delete
  5. Assalam.. nk tanye..
    1) knape rumah tu xcagar buat OD?
    2) adakah refinance lebih baik dari OD?
    Maaf tanye.. budak baru blajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bard,

      1. Nak tanya sket, apa beza refinance rumah dengan OD/rumah?

      Delete
  6. Salam bang.. kalau sy nak langsaikan hutang rumah cepat. Tinggal 25thn lg. Dah hbis lock in periode. Buat refinance bijak tak? Ke try mintak reduce interest? Dlm asb ada 10k kwsp boleh keluar dlm 5k. Klau saya dumb trus ke bank camne ea? Utng ke rugi? Ari tu ada call bank dia ckp kena minta letter reduction principal?? Tunjuk ajar pls .. :(
    Sesak dada ingat ada hutang sampai 25thn akn dtng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adinda Yanie,

      Untung ke rugi refinance, hanya cik adik boleh jawab.
      Sebelum nak refinance ni, kene buat kira-kira dulu.

      1. Cashflow: Installment before vs after. Installment bulanan kadang2 lagi tinggi lepas refinance, adik ok ke tidak?
      2. Interest: lepas refinance interest ada jimat tak?
      3. Cash out: berapa cash out cik adik dapat? apa nak buat dengan cash out tu? boleh ke untung kalau cik adik melabur dengan duit cash out tu?

      Jangan proceed dengan refinance kalau jawapan semua soalan di atas adalah NO!

      Delete