Friday, 16 October 2015

Laporan CCRIS jadikan Aku Jutawan Hutang !!

Salam hormat wahai reader2. Salam Maal Hijrah. Apa khabar?
Aku missing in action selama 4 bulan, sebab takde idea nak menulis.

Bulan lepas aku saja-saja singgah kat Bank Negara (BNM) lepas baca orang punya post pasal CCRIS.
So, aku pon nak jugak tengok rupa laporan CCRIS aku, samada keadaan kewangan masih sihat atau sebaliknya.

Untuk ke BNM ni, orang boleh pakai Waze kalau nak drive pergi BNM @ KL ni atau kalau malas nak drive, boleh ambil KTM Komuter, stop kat stesen Bank Negara.

Pastikan korang ada bawak MyKad. Sampai kat pintu masuk lobi, pergi ke belah kanan. Korang dah boleh jumpa Kiosk CCRIS ni.

Pergi kat kiosk, ikut arahan mesin, masuk MyKad, letak ibu jari tangan (bukan ibu jari kaki ye!!) dan taadaa..report keluar. Macam kiosk EPF jugak.


Pintu masuk BNM

Begini rupanya mesin kiosk CCRIS.

Masuk MyKad, letak jari, report mari!!


Report CCRIS page 1.
Angka 0 yang banyak2 belah kanan tu menunjukkan aku ni pembayar hutang yang baik, takde tunggakan. 

CCRIS report page 2, page yang tak best.
Kotak hijau tunjukkan jumlah "Approved Limit" (RM 1,947,128).
Kotak merah pula jumlah baki hutang (RM 1,749,611)

Gulp...aku pon tak perasan, hutang aku sudah berbaki RM 1.7 juta.
Kalau kira umur pencen pada 55 tahun dan aku berumur 34 tahun, hanya tinggal 21 tahun je nak bayar hutang.

RM 1,749,611 / 21 tahun / 12 bulan = RM 6942!. 
Tiap-tiap bulan aku kena bayar RM 6942 dari umur sekarang hingga aku pencen. Not good.!!

Apa hutang yang aku bela sekarang ni?
Secara kesimpulannya, pecahan hutang aku yang di atas adalah seperti berikut:

  1. Loan rumah - 66%
  2. Loan ASB - 18%
  3. Loan kereta - 6.5%
  4. Loan Peribadi - 5.7%
  5. Overdraft - 2.85%
  6. Credit card - 0.7%     
Nasib baik 66% tu loan rumah. Kalau 66% tu loan kereta, mau aku dah pengsan dah!


Akhir kata, apa yang nak aku share kat sini adalah semak la CCRIS korang dan ambil tahu la jumlah hutang korang. So, kita boleh buat persediaan awal macam mana nak setelkan hutang.
Sebab ajal maut tak tahu bila sampai.
Kang tak pasal waris-waris kita bergaduh, sebab masing-masing elak nak bayar hutang kita.
Kita pulak yang terseksa di alam sana..Nauzubillah..

"Ya Allah, murahkan rezeki kami dan jauhkan kami dari bebanan hutang. Amin"

Tuesday, 26 May 2015

DVD KOMPAS HARTANAH !!

Iklan sekejap!!
-------------------
“Ruginya aku tak beli kat sini 10 tahun dulu. Dulu baru RM70 ribu jer… Sekarang dah RM250 ribu !"
"5 tahun dulu baru RM300 ribu, sekarang sudah setengah juta !
Mana mampu!"

Dialog ini biasa anda lontarkan, bukan?
Jangan menyesal tak sudah !

"Jom belajar membaca peta. "
BERTINDAK SEKARANG !


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mau tahu lebih lanjut di mana kawasan hotspot untuk pelaburan hartanah?
"Jom belajar membaca peta."
------------------------------------------------------------------------------------------------------
DVD KOMPAS HARTANAH
MODUL 1 : PENGENALAN PETA
MODUL 2 : JENIS-JENIS PETA DAN INFORMASI UNTUK SETIAP JENIS PETA
MODUL 3 : HOTSPOT DI KLANG VALLEY
MODUL 4 : HOTSPOT JOHOR BAHRU
MODUL 5 : HOTSPOT PULAU PINANGDVD KOMPAS HARTANAH

p/s: Offer valid till 31 May 2015, subject to change.

Wednesday, 8 April 2015

Cerita Sedih: Kakitangan Kerajaan Kecundang Gara-Gara Scammer!


Aku dapat pm dari seorang peminat, tanya pendapat pasal masalah kewangan beliau.

Biasanya aku hanya layan pm dari anak dara yang single dan masih bergetah.

Tapi setelah baca kisah sedih beliau yang berstatus bini orang dan beranak satu, aku rasa aku perlu share cerita ni agar aku dan kamu semua dapat ambil iktibar dan pengajaran.

Nasihat aku kepada si puan ini:

  1. Tambah income. Laki bini kena buat kerja part time yang memerlukan modal yang sangat sikit seperti berniaga nasi lemak, buat part time jadi cikgu tuisyen dsbnya.
  2. Tingkatkan cash flow positif. Sekarang cash flow puan zero. Kalau duit bulan-bulan setakat ngam2, Nak buat apa pon tak boleh. Bincang dengan bank untuk buat debt consolidation. Kurangkan interest, panjangkan tenure dan kurangkan bayaran bulanan. Sekarang bayar hutang "bodoh" ni pon dah RM 2000 sebulan. Boleh tak bank adjust jadi RM 1000. At least boleh ada RM 1000 extra tiap2 bulan. 
  3. Langsaikan hutang "tak guna", hutang yang menipiskan poket ini. 
  4. Tukar liabiliti jadi aset. Rumah kalau disewakan lebih untung, sewakan la. Puan sekeluarga sewa lah rumah yang lebih murah atau balik kampung duduk dengan parent. Kereta kalau mahal sangat, downgrade je kereta murah. Pastu cuba buat kereta sewa, ramai geng2 kereta sewa dalam FB yang boleh tolong. Ataupon jadi UBER driver. So jadi driver freelance.  


PM beliau adalah seperti di bawah. Sila baca dengan hati yang terbuka.

Page 1: Intro & Problem Statement

Page 2: Pendapatan suami yang bayar hutang AKPK???

Page 3: Kisah tersontot oleh SCAMMER!

Page 4: Nasihat & motivasi aku.

Page 5: Cadangan pengadu untuk refinance rumah!

Page 6: Cadangan beliau dipatahkan oleh aku!
Pengajaran hari ini:

  1. Sebelum nak invest dalam apa-apa skim, fikir dulu semasak-masaknya. Jangan terpengaruh dengan gaya hidup mewah tukang promosi tersebut.
  2. Kalau dah gatal tangan sangat, pastikan korang leburkan hanya 20% (bukan 100%) dari simpanan korang. Anda masih boleh hidup dengan 80% baki saving dengan hati yang tenang kalau modal 20% tu hangus.
  3. Nak meminjam untuk pelaburan tu boleh, setakat 3-4 kali gaji sudah la. Ini sampai 50 kali gaji. Maknanya beliau perlukan 50 bulan gaji untuk recover loss. (Itu pon kalau korang tak berbelanja langsung!)

p/s: Farid, ko punya advise tu macam susah, membebankan dan lambat nampak hasil. Takde cara cepat ke? 
Ada. Pergi jumpa "scammer" yang menghabiskan modal ko dulu. Aku sure dia ada banyak teknik yang bagus !!

p/s/s: Siapa-siapa ada cadangan lain, sila kemukakan.

p/s/s/s: KORANG NAK BUAT SAVING UNTUK ANAK-ANAK KORANG?
Boleh whatsapps / sms / call aku di 012-9196006 (FARID - UNIT TRUST CONSULTANT)!

Panduan peta untuk pelaburan hartanah? Klik --> KOMPAS HARTANAH! 


Wednesday, 1 April 2015

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!

I'm back my dear!

Hari ini aku nak kongsikan macam mana korang boleh kasi kurang bayaran bulanan anda.
Skil ini sebenarnya ramai yang telah aplikasikannya tapi lagi ramai yang tak tahu.

Sebab apa ramai yang tak tahu? Sebab bank takkan ajar, kecuali banker yang baik hati dan budiman. (Aku bukan banker, apatah lagi seorang busker. Aku hanya seorang lelaki yang mana hatinya sudah dimiliki orang..!!)

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua gaji, duit sewa, duit kutu, duit KWSP dan apa jua sumber yang korang dapat dalam bulan tersebut dalam akaun housing loan flexi korang.
  2. Bank akan sedut bayaran ansuran bulanan (prinsipal + interest/hibah/profit) korang pada satu tarikh yang ditetapkan. Dalam kes aku, bank akan sedut pada 22hb setiap bulan. 
  3. Bank akan kira interest / profit berdasarkan baki semasa dalam akaun flexi tersebut. (Kalau baki dalam akaun adalah tinggi, maka interest akan kurang.)  
  4. Lepas bank dah sedut, korang pakai la balik duit tu.
Faham tak? Kalau kurang jelas, lihat contoh real akaun aku seperti berikut:


Gambar 1: Ini contoh LO yang aku dapat suatu masa dulu. Jumlah loan adalah RM 490,000.
  

Gambar 2: Ini isi perut LO tadi. Diringkaskan, untuk loan RM 490K,
aku kena bayar RM 2,229 dari bulan pertama selama 35 tahun!

Gambar 3: Realitinya, setiap 22hb bank akan sedut installment (Lihat bahagian "Debit").
Tapi kenapa tidak RM 2,229? Kenapa RM 1700 - 1800 sahaja?


Gambar 4: Bayaran bulanan kurang kerana aku parking sekejap duit aku setiap bulan (Lihat bahagian "Credit")
So, korang sudah jelas? 

Kesimpulannya disini, kalau pinjam RM 490K, korang tetap wajib bayar RM 490K (prinsipalnya).

Kita hanya boleh jimat interest bank dengan teknik ini, sekaligus mengurangkan bayaran keseluruhan dan memendekkan tempoh bayaran!

Teknik ini hanya boleh digunakan untuk 
  1. Housing loan yang Flexi & overdraf, bukan term loan.
  2. Flexi loan yang menggunakan Daily Rest Interest.
p/s: Flexi loan ini maksudnya loan yang akaunnya flexible, boleh masuk dan boleh keluar balik via ATM atau buku cek. Kalau korang punya loan takde ATM card or cheque book, tak flexi la namanya tu.

p/s/s: Nak tau lebih pasal daily rest? Baca entri ini!

Monday, 30 March 2015

KISAH BENAR - TELUR EMAS SETIAP BULAN

Aku rasa idea penulisan ini bermanfaat.
Copy paste dari email marketing DSR Group! 
=================================================================
[KISAH BENAR - TELUR EMAS SETIAP BULAN]

Beli apartment A.

Tahun 1

Monthly installment Apartment A - RM1,200. 
Sewakan pada RM1,700. 

Duit gaji direct bayar installment. Duit sewa buat saving. 

Cukup setahun dah boleh kumpul RM20,400.


Tahun 2

Modal terkumpul RM20,400

Target beli apartment B. Target harga RM160k. 

Alhamdulillah dapat below market. Boleh markup loan. Dapat balik modal RM20,400.

Sewa apartment B cukup-cukup boleh bayar installment. Tapi possibility untuk appreciation lebih tinggi. 

Apartment A - Naikkan sewa RM1,800. 
Cukup setahun dapat kumpul RM21,600.

Total saving selepas setahun = RM42,000.


Tahun 3 


Modal terkumpul RM42,000. Repeat step di atas. 

Target Apartment bernilai RM300,000.


Tahun 4 

Repeat step di atas. Refinance Apartment A. 

Target Condo bernilai RM500,000 pula.

.
.
.
.

Dan begitulah seterusnya.. sampailah boleh dapat rumah idaman bernilai jutaan ringgit.

Dalam tak sedar, aset bertambah, saving pun bertambah.

Yang penting bermula dahulu. 

Dan paling penting, bermula dengan hartanah yang tepat. 

Hartanah yang boleh berikan anda telur emas setiap bulan.

Saturday, 21 February 2015

Cerita Unit Trust : RM 100? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Seratus ringgit? RM 100? Berapa cepat duit RM 100 boleh hilang dari wallet kita?

Aku tak tau la korang, tapi kalau korang bagi RM 100 kat aku, aku boleh setelkan dalam masa 30 minit. Pergi petrol pam, isi minyak penuh RON 95 (60 liter x RM 1.70) = RM 102. SELESAI!
Kalau korang ada note RM 100 lagi, bak sini bagi aku. Nak beli rokok pulak, Malboro Light RM 13.50 x 10 kotak = RM 135.00. SELESAI untuk stok aku naik laut.  

Memandangkan aku boros dan kurang disiplin bab menguruskan perbelanjaan duit cash ni (sebab aku pakai CC), dari segi lahiriahnya memang boleh jatuh muflis.


Cukup la bebelan, balik ke perkara pokok. Aku tak mahu RM 100 keluar dari poket aku tanpa kembali semula. Jadi aku mula buat simpanan untuk anak kecik aku, Acha! Buat satu akaun unit trust Public Islamic Opportunity Fund untuk dia, isi borang Direct Debit RM 100, pastu jangan tengok-tengok dah.

Akaun PIOF Acha yang aku bukak dan simpan RM 100 sebulan sejak Acha umur 11 bulan.

Konsisten tanpa miss (sebab aku buat direct debit. Tak sempat nak pakai, dia dah sedut dulu masuk akaun Acha.)
 

Jumlah pelaburan yang dibuat dari Day 1 sampai 20/2/15 = RM 8700

Kalau withdraw sekarang, value sudah RM 13232 (benar pada tarikh tertera)!! 

Hmm..not bad la. Dari duit RM 100 sebulan tu hilang entah ke mana, at least ada la hasil sikit. 
Kesimpulannya, inilah power of Forced Saving secara Direct Debit. Lebih disiplin, lebih konsisten!

KORANG NAK BUAT SAVING UNTUK ANAK-ANAK KORANG?

Boleh whatsapps / sms / call aku di 012-9196006 (FARID - UNIT TRUST CONSULTANT)! 


Thursday, 8 January 2015

PRAY FOR PANTAI TIMUR

Disember 2014, pantai timur sekali lagi diuji dengan bencana banjir yang tidak kurang dasyatnya.

Seluruh Malaysia, jumlah mangsa banjir dipindahkan hampir mencecah 150,000 orang dan 85% daripadanya adalah mangsa dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tak payah ceritalah pasal kos kerosakan, sedia maklum dah. Memang terlalu banyak harta benda, rumah, kenderaan, keperluan asas dan lain-lain yang si mangsa sahaja yang tahu. Rumah yang dibina dari duit hasil kerja seumur hidup juga habis musnah.

Aku doakan kepada mangsa-mangsa banjir agar bersabar dengan ujian yang dihadapi. InsyaAllah ada hikmah di sebalik ujian yang melanda.
Kepada pada sukarelawan yang seikhlas hati membantu di sana, aku tunduk hormat pada tuan puan. RESPECT!








Sumber gambar: Internet