Aku nak cerita pasal "Housing Loan (HL) Interest Daily Rest."
Ada banyak bentuk kiraan interest pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh pihak bank di luar sana. Antara contoh yang aku boleh sebut adalah monthly rest (atau Kadar Bulanan) dan daily rest (Kadar Harian). Kenapa rest, bukan rate ke? Jawapan aku "Entah la!"
Monthly Rest atau Daily Rest adalah kadar kekerapan bank mengira interest baki pinjaman anda sepanjang tempoh pinjaman.
Monthly dikira setiap bulan manakala daily dikira secara harian.
So, apa kebaikan daily rest berbanding monthly rest?
Sebenarnya sama saja daily & monthly rest ni dari segi interest yang dikenakan atau tempoh pembayaran, MELAINKAN kalau korang ubah cara pembayaran installment korang dari sebulan sekali ke 2 minggu sekali (untuk pengguna HL daily rest sahaja).
Contoh Case Study.
Mamat A
Jumlah Pinjaman HL = RM 100,000
Interest per annum = 5% p.a. (MONTHLY REST)
Tempoh pinjaman = 12 bulan
Bayaran bulanan = RM 8560 pada hujung bulan (12 kali pembayaran)
Mamat B
Jumlah Pinjaman HL = RM 100,000
Interest per annum = 5% p.a. (DAILY REST)
Tempoh pinjaman = 12 bulan
Bayaran bulanan = RM 4280 pada 15hb & 30 hb (24 kali pembayaran)
Korang tengok la perbezaan dalam kiraan Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah
![]() |
Jadual 1: Pembayaran Mamat A menggunakan MONTHLY REST loan. |
![]() |
Jadual 2: Pembayaran Mamat B menggunakan DAILY REST |
Ini untuk pinjaman bertempoh satu tahun.
Cuba bayangkan pinjaman perumahan sekarang yang kita ambil sehingga 40 tahun dan jumlah interest yang jauh lebih besar. Sure lebih banyak penjimatan dan seterusnya memendekkan tempoh pembayaran kalo kita guna loan daily rest dan bayar 2x sebulan (ni tak kira lagi kalo korang bayar 2x sebulan DAN bayar lebih sikit!!).
Itu sahaja. Bye2.
p/s: Kalo suka, tolong share kan kat FaceBook ye. Aku tak boleh access FB dari tengah laut ni !!
sempoi brother!
ReplyDeletePeace yo!
DeleteBank mana ada buat daily rest.
ReplyDeleteByk...cimb, hsbc homesmart.
DeleteTq2..baru paham cara kiraannya
ReplyDeleteUtk rumah subsale, pinjaman bank mana tuan rekemen? Maybank flexi ok x?apa kelebihan hsbc smarthome? Tq
ReplyDeletesebut pasal flexi loan, mana-mana bank OK je, asalkan rate dia OK, daily rest, bole reduce loan pakai EPF, ada withdrawal facility.
Deletesaya pilih HSBC homesmart sebab sebelum ni dah penah pakai, dan bank tu dekat dengan rumah!
withdrawal facility maksudnya kita byr lebih n bleh amek bila nk guna?maybank skrg -2.2, ada bank lg ok rate tuan tahu?
DeleteYezza..apa yg you bayar, you bole withdraw balik..
DeleteRate bergantung pada kadar pinjaman jugak.
ok la tu, Mbb bagi -2.2.
saya dapat -2.4 with HSBC homesmart untuk loan 490K!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau harga rumah apartment rm93k..
ReplyDeletebayar deposit 10%.
bulan2 maximum boleh bayar dalam rm500.. bank mana yg ok? kalau tiba2 ada certain time, nak bayar banyak untuk loan tu.
Salam..sy budak bru blajar.soklan saya,loan umh sy daily rest.cmna plak dgn due date loan?ada kesan x dekat interest nnt?cth kes,loan sy due date 23 hb monthly tp dpt gaji ujung bulan bru bley setel.mohon pencerahan..Jan Kedah.
ReplyDeleteSalam. Islamic ada ker pakai daily rest camni?
ReplyDeletebalik dari menangkap ikan ada lalu labuan tak? minum kita dulu :)
DeleteSalam en.farid..adakah flexi loan dari hsbc mesti link dengan akaun semasa..saya dapat loan hsbc home smart i,tp officer ckp link dengan akaun simpanan..dan if ada bayar lebih,duit yang dibayar pada akaun housing loan itu tidak boleh withdraw..mohon pencerahan..
ReplyDeleteSalam en. Farid, mcmne kaedah pengiraan interest rate ditentukan... knp starting interest bg monthly rest 420 berbanding dgn daily rest 195... maaf newbie
ReplyDeleteSalam, untuk kira interest:
DeleteMamat A: Interest tahunan 5%. Bahagi 12 bulan = 0.42% sebulan (kadar tetap). Maknanya setiap bulan, interest yg akan dikenakan ialah 0.42% x outstanding loan (baki pinjaman). Dalam kes Mamat A, interest yg dia kena bayar pada bulan pertama ialah 0.42% x rm100,000 = rm420. Untuk bulan kedua, kena bayar interest 0.42% x rm91,860 = rm385.80...dan seterusnya berkurangan ikut baki pinjaman.
Mamat B: Interest tahunan 5%. Bahagi 365 hari = 0.013% sehari (kadar tetap). Maknanya setiap hari, interest yg akan dikenakan ialah 0.013% x outstanding loan. Dalam kes Mamat B, cara kira interest berbeza sikit sebab instalment dibayar 2 kali sebulan iaitu pada pertengahan dan akhir bulan. So untuk bulan pertama (assumed ada 31 hari), interest yg dia kena bayar pada pertengahan bulan ialah 0.013% x rm100,000 x 15 hari = rm195. Untuk akhir bulan, kena bayar interest 0.013% x rm95,915 x 16 hari = rm199.50. Untuk bulan kedua (assumed ada 28 hari), interest yg dia kena bayar pada pertengahan bulan ialah 0.013% x 91,835 x 15 hari = rm179.10. Untuk akhir bulan, kena bayar interest 0.013% x rm87,734 x 13 hari = rm148.30...dan seterusnya sampai abang jamil mams..haha
Correct me, if i'm wrong. TQ
Kalau gaji banyak boleh la bayar sebulan 2 kali
ReplyDeleteKlu tgk contoh tu...total sebulan bayar sama je....cuma pecah kan ke 2 kali je....so gaji byk ke x bkn issue...
Delete