Wednesday 16 July 2014

Kadar Zakat Fitrah 2014 Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia !

Salam Ramadhan. 

Sudah lama aku tak update blog atau menulis entri-entri baru. Banyak faktor-faktor yang menghalang aku untuk menulis tapi faktor yang paling utama adalah MALAS (aku tak jumpa alasan lain yang lebih layak).!! Hehehe...

Diam-diam dah masuk tengah bulan Ramadan dah tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah. Hari ini dah 15 Ramadan. Tengok kat langit malam ni bulan penuh sudah keluar, maknanya hari yang ke-15 la tu kalau ikut kalendar bulan Islam.

Jadi maknanya kita ada 14-15 hari lagi nak berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini, dan tempoh ini juga memberitahu kita bahawa anda ada 14-15 hari juga untuk mengeluarkan zakat fitrah.

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2014 untuk negeri-negeri di Malaysia.

Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan!

Bagi mereka yang terlupa bab-bab zakat ini, berikut adalah soalan-soalan lazim berkaitan zakat fitrah sebagai panduan kita bersama
(Sumber: Laman Web Lembaga Zakat Selangor)

  1. Apakah pengertian Zakat Fitrah?
    Zakat fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
  2. Apakah dalil zakat fitrah?
    Zakat fitrah dalilnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada yang bermaksud:
    “Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam.”
    (Riwayat Al-Bukhari)
  3. Adakah wajib berniat untuk membayar zakat fitrah untuk diri sendiri atau sebagai wakil?
    Setiap pembayar zakat atau wakilnya wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya atau sebagai wakil.
  4. Apakah syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah?
    Syarat-syaratnya ialah:
    1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan tanggungannya pada satu Syawal.
    2. Anak yang lahir sebelum (uruf) matahari akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari Ramadan.
    3. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan.
    4. Menganut Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya sehingga awal Syawal.
  5. Berapakah kadar pembayaran zakat fitrah?
    Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  6. Bilakah waktu pembayaran zakat fitrah?
    1. Waktu Wajib : Akhir Ramadan sehingga terbit matahari.
    2. Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadan
    3. Waktu Makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
    4. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya

Kesimpulannya, bagi mereka yang berkemampuan dan tergolong dalam golongan mereka yang WAJIB mengeluarkan zakat fitrah, silalah berzakat sebelum masuk "waktu haram".

Selamat berpuasa teman-teman, semoga ibadat kita diterima Allah. Amin!