Thursday 22 August 2013

Kos bersalin (dan percutian 5H/5M) di KPJ Damansara

Aku ada menerima soalan from friends especially "expecting mother" dan "parent to-be" berkenaan berapakah KOS yang terlibat untuk beranak ni. "Kalau beranak normal berapa?" "Kalau Ceaser berapa?" dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Memandangkan hari ni genap 22 hari bayi aku bernama Falisya Nur Qayra nie lahir, jadi segala kejadian "hari-hari kelahiran" itu masih segar dalam ingatan teman.

Untuk makluman korang seperti yg aku post dalam entri kelahiran ni, Cik Zura melahirkan si Qayra ni pada 1/8/2013 di KPJ Damansara Specialist Hospital secara Ceaser. Kami check in hospital 31/7/13 dan check out 5/8/13 (5 malam aku & cik zura tidur ward sebab si isteri was not fit to discharge).

Upon check out, nie total bil yang hospital charge.

Total cost beranak Ceaser di KPJ Damansara.
Kalau perasan, bil untuk bius jugak agak tinggi. Jangan lak korang cakap kat doktor, "tak payah bius la" sebab nak jimat!


Anyway, aku tak bayar pun amaun sebanyak itu sebab semua ditanggung oleh company under staff medical benefit.

Berkenaan bilik ward, aku upgrade bilik dari bilik ward "single standard" ke ward "Premier Suite".
Since company hanya bayar untuk single standard, aku kena top up "the difference between these two room" dalam lebih kurang RM 700 untuk 5 night stay. Ok la tu, just bayar RM 700 je sebab bil yang lain Company dah tanggung. Lagi pon, raya kali ni confirm2 memang tak balik kampung punya sebab bini berpantang. So, kita holiday kat spital dah le.


The entrance



View dari pintu bilik

Sofa merangkap katil aku!


Atok bersama cucu ke-4.

Bersama "bibik dan paman"

Si kakak boring, adik asyik tidor je..
Baby didera suruh angkat dumbbell..
Apa-apa pon, tak kisah la beranak kat mana pon, yang penting alhamdullillah ibu dan anak sihat dan selamat.

Tuesday 13 August 2013

My Best Buddyz - Encik "Kad Kredit"

Mari aku kenalkan korang kat kawan baik aku, iaitu "my lovely credit cards" or CC. Dalam keadaan susah dan senang, dia tak pernah malu nak memberi pertolongan kewangan di saat-saat memerlukan (kadang-kadang tak perlu pon!)

Sebelum ni aku tak penah kenal fungsi CC ni dan hanya bayar tunai hingga tahun 2005, ketika kerja aku memerlukan aku travel outstation dan check-in hotel sana-sini, baru aku tahu kepentingan CC ini sebagai "instant & easy money" sebab biasa duit claim masuk lambat selepas travelling. Starting from there, I started apply and used credit card.

How to apply CC?
Apa ke payah bebenor. Kat shopping complex bersepah salesman credit card promote CC, siap "free gift lagi" Bagi je IC copy & email payslip kat diorang, tau le diorang setelkan. Sebab kan semudah itu nak dapat easy credit, aku pon apply je la kredit kad sampai 15 keping, lagi-lagi kalau yang promote CC tu "si gadis manis".

Bahaya ke pakai kredit kad?
Sebenarnya, takde apa-apa bahaya pon. Pergi mana-mana kedai, jumpa barang yang nak beli, swipe CC dan barang tu dah jadi milik anda. Tu je. Malah, kalau korang nak beli rumah pakai CC tak payah apply housing loan boleh. Yang penting kena tau camne nak bayar bulan-bulan dan kurangkan interest. 

Perlu ke CC lebih dari satu?
Perlu. Sebab kekadang cip elektronik CC tu rosak. Kedua, takut limit tak cukup kalau kecemasan.
Buat masa ni aku ada tinggal 7 keping CC lepas dah potong 8 keping sebab BNM mengenakan servis caj tahunan RM 50 (kad utama) dan RM 25 (kad suplement).

Kelebihan kad yang aku tak potong lagi
  1. Maybankand 2 Card Platinum - Sebab AMEX punya point senang kumpul. Spend RM 1 = 5x point masa weekend (kekadang RM 1 = 10x point).
  2. Maybankand Visa PETRONAS - 5x point isi minyak kat PETRONAS. (Tapi sekarang AMEX pon boleh guna kat PETRONAS). Calon kad yang bakal kena potong.
  3. Hong Leong Bank MTV CC - Balance transfer "Cash" dia agak best sebab dia bagi CASH. Contoh, CC limit is RM 30K. Call bank kata nak balance transfer cash short term, dia bagi 90% from the limit. Sebab aku dah ambik CASH dia lebih 5x, latest financing rate bank bagi aku 4.8% per annum lifetime tenure! Rujuk link bank ini! (p/s: Cash-On-Call & Call-for-cash, dua campaign yang berbeza dan rate pon berbeza jugak. Jangan confius!)  
  4. HSBC MasterCard CC - Entah. Sebab bini aku pakai supplement card dia kot.
  5. PBB Card - Aku suka balance transfer dia, sebab kalau buat BT 6 bulan cthnya RM1200, hanya RM 200 akan appear dalam CC monthly statement. Ko kena bayar statement balance tu aje. (Kalau bank lain kalau ko transfer RM 1200 untuk 6 bulan, dia akan appear dalam statement CC ko RM 1200 pada bulan pertama. Ko paham ke tak apa aku cakap ni?) Rujuk link balance transfer CC public bank ni untuk paham lebih lanjut! 


Buddyz aku yang masih belum kerat selepas BNM mengenakan servis caj tahunan RM 50. 

Ni CC yang x payah apply, PBB bagi by invitation.
Refer link Mutual Gold card ni!

Apa-apa pon, ni bukan la kad yang terbaik, cuma ni je yang aku ada. Banyak lagi faedah CC yang boleh kita explore dari bank-bank yang menawarkan CC. Untuk "Cash Advance" facility, orang cakap yang terbaik adalah seperti Al-Rajhi, BSN dan Bank Islam. Aku ada apply gak tapi bank tersebut tak sudi nak bagi. 

Akhir kata, "selamat berbelanja, belanja dengan selamat".   

p/s #1: 
Bagi yang bela banyak CC, tolong tulis dengan jelas dalam satu kertas "Call Centre untuk setiap bank". Sebab aku pernah berpengalaman hilang wallet dan cukup seksa nak cari nombor call center CC yang terlibat.  

p/s #2: 
Syarat permohonan CC oleh Bank Negara (berkuatkuasa Mac 2011).
  • Berpendapatan sekurang-kurang RM 36,000 setahun
  • Hanya boleh memiliki  kad kredit daripada 2 pengeluar kad sahaja
  • Had maksimum kad kredit tidak boleh melebihi 2 kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar kad.

Thursday 8 August 2013

Salam AidilFitri - Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum.

Sempena hari yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung Farid Punya Blog.

Kalo ada salah silap dalam penulisan saya, hamba hulurkan 10 jari mohon kemaafan lah ye.


Salam ikhlas dari kami Farid, Azura, Fasya, Falisya!
 p/s: In Sha Allah, pasni boleh sambung post entri baru. Busy sket sebab ada anak kecik. hehe

Monday 5 August 2013

Welcome to the World, My Baby Girl!

Alhamdullillah, tanggal 1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H, cik zura selamat melahirkan baby girl ke-2 kami di KPJ Damansara Specialist  Hospital ada jam 0933 pagi.

Memandangkan 6 tahun lepas, masa baby 1st kami lahir, aku tak dibenarkan masuk ke Operation Theater (OT) sebab kes emergency, kali ini aku diberi kesempatan untuk menemankan Cik Zura di bilik OT sebab ni planned ceaser (Ada sebab kena buat ceaser, tak payah tulis la).

The best part is sambil aku melayan Cik Zura yang telah di"Epidural"kan, aku dapat saksikan secara live doktor dengan coolnya membelah bawah perut cik Zura dan mengeluarkan baby kami. Cik Zura boleh tanya  "Awak, doktor tengah buat apa?" padahal perut dah terbelah dah. Huh, hebat kuasa Allah. (aku nak ambik movie dan gambar pembedahan, doktor tak bagi pulak..!)

Finally tepat jam 0933hrs 1/8/2013, baby girl aku pon keluar. Tahniah dan terima kasih kepada doktor-doktor pakar and the team yang terlibat dalam mejayakan misi 'my baby day out' ni.
  • Gynecologist - To' Puan Dr Maziah Ahmad Mahidin
  • Anaesthesiologist - Dr Hilmi Hussein
  • Paediatrician - Dato' Dr Azizi Hj Omar


Ni la anak perempuan saya!

Baby aku tengah praktis karaoke!
Malam ni merupakan malam ke-5 aku bermalam di wad spital ni. Kena tahan sebab Cik Zura masih belum fit untuk berjalan dan pulang ke rumah. Dan siang tadi baby aku dikesan ada jaundice (kuning), so doktor tak teragak-agak untuk extend our stay kat sini sebab nak letak baby bawah sinaran UV selama minimum 24 jam.

Baby aku tengah UV bathing!

Sian lak aku tengok baby aku kena tido sorang-sorang kat Special Care Unit. huhu
Hopefully, bini and anak aku recover cepat and boleh balik esok. Apa-apa pon, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki-Mu di bulan yang barokah ini. Amin!

p/s: Masih memikirkan nama baby aku, start dari huruf F.