Tuesday 18 June 2013

Teknik Beli Kereta Cash & Tukar Setiap Tahun !!!

Lelaki dan kereta tidak dapat dipisahkan. !

Baik di mana-mana tempat merokok, kedai mamak dan tidak lupa juga, galley di pelantar minyak, topik kereta menjadi topik WAJIB tak kiralah sama ada modify enjin atau membeli kereta baru. 
(Di tempat kerja aku kat tengah laut ni,  kalau takde topik pasal kereta pada hari tersebut, kemungkinan besar sebab "bad weather" atau "nama tak ada dalam senarai penumpang helikopter yang balik esok". Tu je!)   

Jadi isu kereta ini menjadi isu penting dalam masyarakat kita hinggakan ia menjadi modal penting untuk memancing undi dalam pilihanraya baru-baru ni. 
Dalam bidang hiburan pula, kereta-kereta power telah digunakan sampai "hancur" dalam cerita seperti KL Menjerit, Transformer dan Fast & Furious 6 bagi melariskan movie masing-masing. Dilaporkan, Fast & Furious 6 telah berjaya mencapai BOX OFFICE dengan kutipan 500 juta pound sterling dalam masa beberapa hari je!!. 
Kalau citer P Ramlee (3 Abdul), 500 juta pound sterling tu dah sama cam harta Abdul Wahub .! 
Kereta kene lenyek kereta kebal pon takde hal. Dah balik modal dah!!



Enough for intro. Aku tulis intro panjang, sebab point aku nak tulis ni pendek je.
"BAGAIMANA BUAT BENDA YANG SAMA TAPI HASILNYA YANG BERBEZA???"  

Kebanyakan dari kita yang makan gaji beli kereta secara sewa beli (or Hire Purchase) sebab takde duit nak beli kereta idaman secara CASH. Gaji dalam RM 2000 tapi bayar kereta bulan sampai RM 1000 (50% dari  total gaji). 
So, camne nak setelkan problem ni brader?

Case Study 1

Dengan bermodalkan RM 10,000, En. Saiful (bukan nama sebenar) beli kereta berharga RM 100K dengan downpayment RM 10K dan bayaran bulanan RM1040 selama 9 tahun.

Rajah 1: Beli kereta MAHAL secara berhutang!


Dari rajah 1, apa yang korang dapat lihat:

Kebaikan

  • Pada awal tahun,  En. Saiful dipandang "hensem" oleh masyarakat kerana kereta dia mahal dan "HENSEM"
Keburukan
  • Setelah beberapa tahun, En Saiful tidak lagi digelar hensem, sebab pujian itu telah berpindah ke rakannya pulak yang beli kereta baru yang lebih hensem.
  • Dah le dah tak hensem, En. Saiful masih perlu bayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM 1,000 walaupun nilai kereta sudah jatuh ditelan zaman.
  • Setelah 9 tahun, dia telah membayar total interest sebanyak RM14 ribu untuk kereta yang turun nilainya. 

 Case Study 2

Dengan bermodal yang sama i.e. RM 10 ribu tunai, En. Aaron Aziz (bukan nama sebenar) telah membeli kereta A yang bernilai RM 10 ribu tunai.
Masuk tahun kedua, dia jual kereta A dan beli kereta B (Cash).
Tahun depannya, dia jual kereta B dan beli kereta C (Cash).


Rajah 2: Beli kereta CASH dan tukar setiap tahun!
So, dari rajah 2, apa yang korang paham ???  

1. En. Aaron tukar kereta tiap-tiap tahun tanpa HUTANG!
2. En. Aaron jual kereta dia yang turun nilai sebanyak 20% setiap tahun. 
3. Duit hasil jualan kereta itu, dia tambah RM 12000 untuk beli kereta lain. Begitulah setiap tahun! (mana dia dapat RM12000 tu?? sila baca sampai habis!!)  

Kebaikan:
  • Selain nama En Aaron memang dah hensem, dia jugak boleh tukar kereta setiap tahun.
  • CCRIS En Aaron lebih baik sebab kurang hutang dengan bank.
Keburukan:
  • Kena tahan kutukan sebab bawak kereta "murah". Tu je! 
So apa yang aku maksudkan dengan "BAGAIMANA BUAT BENDA YANG SAMA TAPI HASILNYA YANG BERBEZA???"

Balik kepada Case Study 1 & 2 di atas,
1. Kedua-duanya telah mengeluarkan duit muka yang sama sebanyak RM 10 ribu.
  •  En Saiful bayar 10% DP untuk kereta bernilai RM 100 ribu.
  • En Aaron beli kereta bernilai RM10 ribu secara tunai. 
2. Kedua-duanya mengeluarkan RM1000 sebulan selama 9 tahun
  • En Saiful perlu ke bank setiap bulan membayar ansuran bulanan selama 9 tahun.
  • En Aaron juga perlu ke bank setiap bulan, tapi untuk simpan RM 1000 dalam ASB setiap bulan. Cukup hujung tahun, dia akan keluarkan RM 12000 untuk top up modal upgrade kereta secara CASH. Dia akan ulang langkah ini dengan gembiranya!
Akhir kata. kereta adalah alat nak bawak korang dari point A ke point B je. So, the choice is yours!

p/s: 
#1 Sekali lagi, watak di atas rekaan semata-mata.

#2 Untuk teknik tukar kereta tiap2 tahun, pastikan kereta korang hanya turun nilai maximum 20% je setahun. Lagi sikit lagi baik!

#3 Tahniah kepada En Megat, En Amir dan En Rizal Azuan sebab beli kereta baru bulan ni!

63 comments:

  1. en rizal azuan tu pakai teknik yg mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Rizal, dia guna teknik "pakai buang"..dia org kaya beb...

      Delete
  2. kerete ni yearly dia mmg turun 20% ke? or subjected to car manufacturer? what if wrong ? kene top up lebih le kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukak je motor trader..bersepah kete..janji turun value MAX 20% je. lagi sket lagi baik!

      Masa tahun 2010 Pakcik aku beli kete 3rd hand iswara tahun '96 4 ribu..pas 3 tahun, dia jual balik harga 4 ribu gak.

      Delete
    2. wah..serious ??? nak follow pakcik ko la...hehe

      Delete
  3. One question en farid...kalau beli keta yg kurang 'hensem' ni, camne pulak dgn cost utk repair dan sebagainya? U cuma tunjuk obvious cost jer...what about 'hidden' cost? from my observations, sometimes when u buy second hand cars or u reffered to 'keta yg kurang hensem', maintenance cost per month increases more than the cost for purchase. Leh tolong explain x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik niza, saya meng"ignore"kan maintenance cost sebab ia amat subjektif...
      1. kete murah 2nd hand, sekali servis siap upah dan spare part dalam rm100 je..kete mahal walaupon baru, LABOUR cost dia saja dah rm150..!

      2. sbb mmg berniat nak pakai setahun je kete tu, tak payah le buat maintenance melampau2...bajet2 sudah...

      3. bwk org yg pandai pasal kereta (atau mekanik) bila nak beli kete second or 3rd hand..kalo dia cakap OK, baru angkat..

      4. takde jaminan kereta baru xde problem...sila baca kes dibawah...
      https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151331881246059&set=a.10150101075841059.277432.601276058&type=1&theater

      tq

      Delete
    2. betul tu en farid nak pakai setahun je..tp maintenance keta depends on brand & tahun keta tu jugak kan..rm100 utk keta murah tu kira mahal la jugak en farid. pada saya (pendapat saya yg setinggi ilmu en farid ni...), kalau nak pakai biar ambil yg mampu (affordable), x kira la baru atau second-hand. Kadar kemampuan tu termasuklah kos2 lain spt maintenance, penggunaan minyak, etc.
      Masalah anak2 muda skang ni, baru masuk keje x sampai setahun dah pakai keta 'sport' (x kira la baru or second hand), lps tu dok merungut gaji x cukup. X gitu en farid?

      -lama x berdiskusi dgn en farid-

      Delete
    3. Setuju cik niza...byk kete second hand yg ok..yg pergi carik yg reput tu watpe..

      P/s: bukan laki ko ke yg bwk gi servis kete? Bila nak blanje aku mkn?

      Delete
    4. ehem2..i byr sendiri tau duit servis keta i..keta yg dia belikan utk i baru dia yg byrkan servis..hahaha...

      p/s: aik. patut u yg belanja i mkn...kan dah jd wealth advisor.. :-)

      Delete
  4. Salam En Farid, saya datang lagi,

    Kalau saya nak apply Cara yang no 2 tu utk beli kereta mahal, tapi takde duit.Macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang jer, buatlah Personal LOAN dengan EZ RHB or AEON CREDIT.

      Delete
    2. Salam En Abby, Selamat kembali.

      Nak beli kereta mahal tapi xde duit?? Saya sarankan JANGAN BELI!! Carik kereta lain ikut keperluan.

      Delete
  5. En FARID,

    Aku minta kebenaran SHARE info ni kat Page Harimau Malaya. Very nice idea indeed. Memang ramai komplen kereta rm10K maintenance tinggi lah. Tapi teori ni sesuai untuk budak2 baru Grad. 1st Year pakailah kancil/Viva jer dulu. 2nd Year angkat Waja ker, 3rd Year dah boleh upgrade kereta yang sama tapi lebih baru. Maintenance dan Service kereta2 baru pun amatlah tinggi untuk 1st year sebab nak cover warranty kan. NICE JOB!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En 'Admin',

      Permission granted. thanks for promoting my blog.
      This is one of the tips but not necessarily the best tips to suit everyone.

      Delete
  6. nie pendapat saya.

    en huri beli kereta 10k. so instead dia tukar kereta baru every year, for a 10k, dia pakai jer kereta 10k baru tu sama dengan 10 tahun (since maximum calcuation is 10 years loan). since tahun pertama habis 10k beli kereta, ada 9 tahun tanpa ada KERETA BARU, gunakan duit tu simpan kat ASB. by the time habis 10 years, kita dapat 10k x 9 years worth of savings = 90k. tu tidak termasuk dividen dan bonus asb sepanjang 9 tahun.cukup 10 tahun, gunakan duit asb punya DIVDEN untuk membeli kereta baru anda 10k setiap tahun. dimana anda tidak membayarpun pakai duit gaji atau duit gaji isteri atau duit epf.

    morale value, kita nak kaya, kene sabar, kuat usaha dan bijak. kebanyakan orang hanya ada kuat usaha dan bijak, tapi tiada rasa kesabaran. 10 tahun tak lama. kalau kita mati pun, bukannya kereta tu boleh tolong kita masuk syurga. at least, kalau ada duit, kita tahu bini kita takkan kawin laki lain kerana duit. biarlah kerana cinta....hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Eddy Irwan,

      Agreed with you. Saya masih pakai kereta wira tahun 2000 sampai sekarang. So, your idea sesuai untuk org cam saya.

      Tips yang saya share untuk org yang kemaruk suka tukar kereta.

      Delete
  7. Wah kenapa la aku tak ikut cara ni dari dulu..mmg dah terpikir nak buat mcm ni lps habis byr kereta skrg ni tahun depan..dlm kepala lepas baca blog ni mmg aku nk amik kereta 2nd la jwb nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2nd hand car still OK..cuma bau kedai je xde..maintenance cost depends on car!

      Delete
  8. tak pun beli je kete 100ribu.. cash... pandai tak, pandai tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dah memang kaya, jet pejuang pon dia bole beli...hehe..tak payah pakai teknik "boring" nie!

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Congrate Bro.... nice info....

    ReplyDelete
  11. tulisan tangan sir farid amat cantik, mcm pensyarah universiti seperti sir abby kopab le ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko igt abby nampak ke ko kutuk dia kat sini...ni bukan FB la..hehe

      Delete
  12. Salam..en farid..bank apa yg terbaik nak buat loan asb ni ye?berminat nk buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please check with maybank, cimb, and rhb for latest offer. Go for longest tenure, smallest installment and interest and also maximum loan you can obtain.

      Delete
  13. Salam En Farid.. saya nak minta pendapat..kalau sy buat loan dekat koperasi dan beli kereta cash..rugi ke tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak. Tapi loan is loan, still kena bayar walaupon loan koperasi.!

      Delete
  14. salam..nak tanya sikit. boleh tak tolong senarai kereta yang maintainance tinggi cth sebelum ni saya berminat snd hnd kia atau hyundai bagaimana dgn toyota atau honda. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam watie...susah la nak jawab soalan ni..very subjective..
      normal maintenance biasanya masih murah untuk semua kereta, yg mahal kalau major maintenance...
      org cakap kereta korea sparepart mahal..sy tak pernah pakai kereta korea, so no komen..

      kereta jepun honda / toyota / nissan so far, maintenance masih biasa la..tp tu pon subjektif jugak...

      Delete
  15. Salam, nak share sket pengalaman aku..... gaji 2800..... member aku pakai honda city....aku pakai viva second hand beli 22k aje bulan bulan 300 7 thn. Selama pakai keter viva takde la masalah besar sangat.... cuma masalah cam batteri, bearing, tukar break pad, tukar plug. Kereta ok tak pernah meragam atau mati tengah jalan. Shukur.

    Sekarang viva dah abis bayar buat settlement awal, ingat hati nak amik swift ke vios baru tapi tahan lagi. Kalau gaji dah 5k baru leh amik. Kereta ni tak macam rumah, setiap hari ade keluar baru bersepah.....rumah once sold takde lagi la.

    Memang la merana sket naik viva kalau jalan jauh, tapi muda lagi tahan ler sket. Cuba tengok orang naik motor kena hujan panas.....so kena banyak bershukur. Bagi aku la kereta ni maximum hanya 20% dari gaji bersih kiter. Kalau RM3000 gaji pakai keter bulanan + minyak jangan lebih RM600.

    Aku gaji RM2800, keter bulanan 300, minyak 200, service, tol, basuh keter dalam 100. Tu la budget. Bro bila kita bebas hutang, banyak benda leh buat....aku pelik orang beli kereta mahal mahal last last gi kerje naik moto pasal takde duit nak bayar minyak....lagi jatuh standard.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing bro.

      Life is simple, beli apa yang kita mampu.
      Kalau tak mampu, buat macam tak mampu.
      Jangan ikut apa orang cakap, sebab bukan diorang yang bayar kereta kita bulan-bulan.


      Delete
    2. well said bro..thanz for sharing ;)

      Assalam..mcm aku pn gaji lbih krg cmtu je, side income pn xde..Mmg ad tpikir nk bli kete2 mhal nie masa bjang la nie tpi bile fikirkan kalau aku buat loan kete mhal2 nie, cmner la aku nk saving duet untk kawen nnti..huhu

      So, la nie aku ingat nk saving duet untk kawen dlu, kalau ad jodoh t insyaaAllah..target nk kawen sbelom 30thn so kena lupekan dlu hasrat nk pkai kete2 mhal nie..gune kete lama yg ad dlu

      Konklusinya, pengurusan kewangan adalah amat penting bagi kita semua..terutamanya bagi yg gaji biasa2 je, kalau boleh elakkan daripada berhutang..risau nnti xterbayar pulak..sekian

      Delete
    3. pakai kereta buruk dulu sebelum kawin...at least kita tau, bakal bini kita jatuh cinta kat kita, bukan kereta kita...hehe

      Delete
  16. Salam bro.. Just nak bertanya mengenai car refinance, ada apa2 info boleh kongsi? dah go thru encik google, tp x berapa nak paham ayat2 sopistikated ni (hamek ko bedal je eja). Sebab, kawan ada loan kereta tahun 2010, bulan2 dkt rm625 bayo bulan2 ikat sembilan tahun. Xde niat nak tuko kete lain lg (padahal ada, hehe)..So kawan tak paham pasal refinance ni. Kalau kawan buat boleh mengurangkan monthly kene bayo bank ke camne. Sbb kalau dpt kurangkan dlm range 500 ok la sikit. Dlu mase beli terdesak sgt 0 downpayment. tu yg agak mencanak monthly kene bayo. Sekian, salam takzim.
    Aizat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Aizat, insan di bawah sudah tolong jawabkan..kalau refinance & boleh save 125 sebulan, tapi tahun bertambah 2-3 tahun, cam tak berbaloi je rasanya..

      Delete
  17. Bro aizat, aku tolong jawab. Ko pegi bank yg ko buat loan utk beli keta tu. Ko cakap nak refinance kereta. Dia akan tengok ko nye monthly payment dalam berapa bulan tu cantik ke tak. Sbb tu cantikkan la dulu ko nye monthly payment. Kalau xde pe2 masalah, bank tu boleh buatkan. mmg bayar bulan2 turun tapi, tambah la tahun ko nak membayar keta ko tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En "Tanpa Nama", terima kasih sebab tolong jawabkan soalan bro aizat..

      Delete
  18. Assalamualaikum abg farid.. sy yoe.. sy merupakan ahli perniagaan dlm network marketing.. spjg dalam networking sy brjaya mngumpul lebih rm500k.. jd sy bercadang utk membeli vw scirocco(xkire baru or second) dgn cara pembelian cash..soalan sy,,mcm mana care pembelian(prosedur)? document ape yg dperlukan? dan lykkah sy membelinya kerana sy bru berumur 18 thun dan bukan pekerja kerajaan? sy xde slip gaji.. sy pernah tny jiran sy..mcm mana kalau nk beli kereta baru cash? dia jwb jgn beli cash..nnti kne income tax..sthu sy networking stkt ni xde income tax.. jd apa pandangan abg farid? harap dpt membantu,dpt memberikan jwpn yg buat sy puas ati.. teringin giler nok paka scirocco tahu dopp.. tq

    ayoe,18,terengganu

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum..saya nak jual Vios tahun 2008.ada sape2 nak beli cash? 100% x pernah miss service dgn toyota.terima kasih

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum en.farid, saya amat tertarik dengan teori anda dan amat mempengaruhi saya untuk beli kereta yang baru. Saya juga nk minta pendapat, sekiranya saya beli kereta waja cps 2nd hand tahun 2009 berharga rm40000 kebawah, dan saya jual waja tahun 2005 yang sedia ada ni, buat d/p utk waja cps 2nd hand, nanti bulan2 kurang la bayar,ok atau tidak cara tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. asalkan kereta CPS tu takde problem yg perlu major maintenance, it shud be ok...
      1. berapa dapat jual waja 2005?
      2. kalau bayar bulan2 dengan bank, "memang" follow la sgt teori tu..heheh..teori tu untuk org yg taknak hutang bank...

      Delete
  21. sy ade tunggakan 2 bulan kete kat ambank.. agak2 lepas x ek kalo nk refinance

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam la-mujahid..
      rasanya soalan ni bank je yg boleh jawab...btw, apsal sampai tunggak 2 bulan? rosak rekod ccris je....

      Delete
  22. Replies
    1. adlina,

      cuba jerit dalam facebook...rasanya ada kot puak2 yg terdesak nak letgo kereta..

      Delete
  23. Ramai juga yg beli kereta mahal untuk pelaburan. Imej penting untuk kerjaya. Orang akan lebih yakin kepada kita. Possibility nak naik pangkat atau peluang business lebih baik. Sebenarnya kita tak perlu tumpu sangat pada penjimatan. Berdasarkan kajian, hampur semua yg berjaya, merek tumpukan usaha sepenuhnya menambah pendapatan. Berjimqt perlu juga tapi tak perlu terlalu serius. a

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes tertentu betul, imej mewah penting untuk bisnes dan kerjaya...tapi 90% kenalan saku yang aku kenal, tak kaya dan berjaya pon lepas tukar kereta mewah..yg confirm kaya adalah bank..

      Delete
  24. Hai En. Farid,thanks for sharing this technique..

    ReplyDelete
  25. nasihat saya, orang muda better beli kereta second hand yang masih dalam kondisi 'ok' dulu. hehe. duit selebihnya boleh simpan beli rumah

    ReplyDelete
  26. Tips Membeli Kereta
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tips-membeli-kereta.html

    ReplyDelete
  27. Salam En.Farid, sangat hensem penerangan en.farid. Terima kasih. Ianya dapat dijadikan panduan untuk akan datang.

    ReplyDelete
  28. Sy pulak mcm nk letgo keta pakai skrg.trade in ambik cash keta second hand. Bukan x mampu, dah belas2 tahun kerja,cuma dah bfamily,rasa nk financial freedom. Nk lebih cash dlm tgn,senang utk emergency,tmbh savings.
    Bgaimana pndgn tuan? Kalau letgo kat trader keta yg ni,kn topup sikit la gap sblm ambik yg 2nd hand.
    Ada ke org buat kaedah ni ye?
    Tksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong!
      pokok pangkalnya, bulan2 ada extra cash & tak terbeban.
      sila buat kira2 semua kos terlibat sebelum bertindak..

      Delete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete