Wednesday 8 April 2015

Cerita Sedih: Kakitangan Kerajaan Kecundang Gara-Gara Scammer!


Aku dapat pm dari seorang peminat, tanya pendapat pasal masalah kewangan beliau.

Biasanya aku hanya layan pm dari anak dara yang single dan masih bergetah.

Tapi setelah baca kisah sedih beliau yang berstatus bini orang dan beranak satu, aku rasa aku perlu share cerita ni agar aku dan kamu semua dapat ambil iktibar dan pengajaran.

Nasihat aku kepada si puan ini:

  1. Tambah income. Laki bini kena buat kerja part time yang memerlukan modal yang sangat sikit seperti berniaga nasi lemak, buat part time jadi cikgu tuisyen dsbnya.
  2. Tingkatkan cash flow positif. Sekarang cash flow puan zero. Kalau duit bulan-bulan setakat ngam2, Nak buat apa pon tak boleh. Bincang dengan bank untuk buat debt consolidation. Kurangkan interest, panjangkan tenure dan kurangkan bayaran bulanan. Sekarang bayar hutang "bodoh" ni pon dah RM 2000 sebulan. Boleh tak bank adjust jadi RM 1000. At least boleh ada RM 1000 extra tiap2 bulan. 
  3. Langsaikan hutang "tak guna", hutang yang menipiskan poket ini. 
  4. Tukar liabiliti jadi aset. Rumah kalau disewakan lebih untung, sewakan la. Puan sekeluarga sewa lah rumah yang lebih murah atau balik kampung duduk dengan parent. Kereta kalau mahal sangat, downgrade je kereta murah. Pastu cuba buat kereta sewa, ramai geng2 kereta sewa dalam FB yang boleh tolong. Ataupon jadi UBER driver. So jadi driver freelance.  


PM beliau adalah seperti di bawah. Sila baca dengan hati yang terbuka.

Page 1: Intro & Problem Statement

Page 2: Pendapatan suami yang bayar hutang AKPK???

Page 3: Kisah tersontot oleh SCAMMER!

Page 4: Nasihat & motivasi aku.

Page 5: Cadangan pengadu untuk refinance rumah!

Page 6: Cadangan beliau dipatahkan oleh aku!
Pengajaran hari ini:

  1. Sebelum nak invest dalam apa-apa skim, fikir dulu semasak-masaknya. Jangan terpengaruh dengan gaya hidup mewah tukang promosi tersebut.
  2. Kalau dah gatal tangan sangat, pastikan korang leburkan hanya 20% (bukan 100%) dari simpanan korang. Anda masih boleh hidup dengan 80% baki saving dengan hati yang tenang kalau modal 20% tu hangus.
  3. Nak meminjam untuk pelaburan tu boleh, setakat 3-4 kali gaji sudah la. Ini sampai 50 kali gaji. Maknanya beliau perlukan 50 bulan gaji untuk recover loss. (Itu pon kalau korang tak berbelanja langsung!)

p/s: Farid, ko punya advise tu macam susah, membebankan dan lambat nampak hasil. Takde cara cepat ke? 
Ada. Pergi jumpa "scammer" yang menghabiskan modal ko dulu. Aku sure dia ada banyak teknik yang bagus !!

p/s/s: Siapa-siapa ada cadangan lain, sila kemukakan.

p/s/s/s: KORANG NAK BUAT SAVING UNTUK ANAK-ANAK KORANG?
Boleh whatsapps / sms / call aku di 012-9196006 (FARID - UNIT TRUST CONSULTANT)!

Panduan peta untuk pelaburan hartanah? Klik --> KOMPAS HARTANAH! 


Wednesday 1 April 2015

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!

I'm back my dear!

Hari ini aku nak kongsikan macam mana korang boleh kasi kurang bayaran bulanan anda.
Skil ini sebenarnya ramai yang telah aplikasikannya tapi lagi ramai yang tak tahu.

Sebab apa ramai yang tak tahu? Sebab bank takkan ajar, kecuali banker yang baik hati dan budiman. (Aku bukan banker, apatah lagi seorang busker. Aku hanya seorang lelaki yang mana hatinya sudah dimiliki orang..!!)

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua gaji, duit sewa, duit kutu, duit KWSP dan apa jua sumber yang korang dapat dalam bulan tersebut dalam akaun housing loan flexi korang.
  2. Bank akan sedut bayaran ansuran bulanan (prinsipal + interest/hibah/profit) korang pada satu tarikh yang ditetapkan. Dalam kes aku, bank akan sedut pada 22hb setiap bulan. 
  3. Bank akan kira interest / profit berdasarkan baki semasa dalam akaun flexi tersebut. (Kalau baki dalam akaun adalah tinggi, maka interest akan kurang.)  
  4. Lepas bank dah sedut, korang pakai la balik duit tu.
Faham tak? Kalau kurang jelas, lihat contoh real akaun aku seperti berikut:


Gambar 1: Ini contoh LO yang aku dapat suatu masa dulu. Jumlah loan adalah RM 490,000.
  

Gambar 2: Ini isi perut LO tadi. Diringkaskan, untuk loan RM 490K,
aku kena bayar RM 2,229 dari bulan pertama selama 35 tahun!

Gambar 3: Realitinya, setiap 22hb bank akan sedut installment (Lihat bahagian "Debit").
Tapi kenapa tidak RM 2,229? Kenapa RM 1700 - 1800 sahaja?


Gambar 4: Bayaran bulanan kurang kerana aku parking sekejap duit aku setiap bulan (Lihat bahagian "Credit")
So, korang sudah jelas? 

Kesimpulannya disini, kalau pinjam RM 490K, korang tetap wajib bayar RM 490K (prinsipalnya).

Kita hanya boleh jimat interest bank dengan teknik ini, sekaligus mengurangkan bayaran keseluruhan dan memendekkan tempoh bayaran!

Teknik ini hanya boleh digunakan untuk 
  1. Housing loan yang Flexi & overdraf, bukan term loan.
  2. Flexi loan yang menggunakan Daily Rest Interest.
p/s: Flexi loan ini maksudnya loan yang akaunnya flexible, boleh masuk dan boleh keluar balik via ATM atau buku cek. Kalau korang punya loan takde ATM card or cheque book, tak flexi la namanya tu.

p/s/s: Nak tau lebih pasal daily rest? Baca entri ini!