Friday, 4 April 2014

ASB 2. OK ke tak OK?

Tanggal 2 April 2014, dana baru telah dilancarkan oleh ASNB, Amanah Saham Bumiputra 2 (ASB 2).

Seperti abang kandungnya jugak iaitu dana ASB, ASB2 hanya dibuka kepada bumiputra Malaysia dan saiz tabung yang diperuntukan untuk dana ini adalah 10 billion unit. Harga pun tetap, seringgit seunit jugak.
Banyak ke 10 billion unit (atau 10,000,000,000) ini?
Kalau dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain,  saiz tabung ASB2 adalah bersaiz sederhana.

Saiz tabung dana-dana ASNB (harga tetap).

  • ASB - Tiada had. 
  • ASB2 - 10 billion unit.
  • ASW 2020 - 17.94 billion unit.
  • ASM - 14 billion unit.
  • AS1M - 14 billion unit. 
  • ASD - 5 billion unit.
Saiz tabung dana-dana ASNB (harga berubah)

  • ASN - 2.5 billion unit.
  • ASN 2 - 2.5 billion unit.
  • ASN 3 - 1 billion unit.
  • ASG - 1 billion unit.
Sedia maklum, dana-dana ASW 2020, ASM dan ASD telah habis dijual, baik untuk bumi atau non bumi.
Manakala dana AS1M, kuota untuk non-bumi telah habis disapu.
 
Jadi, aku rasa saiz tabung 10 billion unit untuk ASB2, kejap je korang boleh kasi langsai.

Butiran mengenai ASB 2. Limit sama juga macam ASB, RM 200K untuk akaun dewasa dan RM 50K untuk akaun anak kecik. 

Lanjutan butiran mengenai ASB 2.

Perbezaan yang aku nampak antara ASB dan ASB2 adalah dari segi portfolio pelaburan yang mana ASB memilih "Ekuiti" sebagai sasaran pelaburan manakala ASB2 pula memilih "Aset Campuran". 

Pada pendapatan aku, ASB2 lebih "play safe" kerana "aset campuran" biasanya adalah gabungan saham ekuiti dan fixed income security & money market instrument pada nisbah yang agak seimbang 60:40.
(Kalau kategori ekuiti, nisbah ekuiti biasanya lebih tinggi i.e. 70:30-80:20). 

Kebiasaannya, lebih banyak bahagian ekuiti dalam portfolio, returnnya adalah lebih tinggi terutamanya ketika market naik (dan begitu jugalah sebaliknya).

Tetapi memandangkan ASB dan ASB 2 ini harga unitnya tetap, tambahan pula ia merupakan dana "istimewa" kerajaan untuk bumiputra, pulangan tahunannya kita boleh jangka sekitar 5%-7% sahaja. Sesuai untuk pelabur yang malas berfikir dan mahu tidur tenang sepanjang tahun.

Korang paham ke aku citer ni? Kalau tak paham, korang google la sendiri, atau tunggu entri aku akan datang.

p/s: Ketika entri ini ditulis, pelabur hanya boleh membuka akaun ASB 2 di pejabat ASNB sahaja.  Ejen-ejen seperti POS, MBB, CIMB masih tidak bisa menguruskan urusan pembukaan buku ASB 2.

16 comments:

  1. msh tak clear syariah cmpliance atau x utk asb2 ni.. aduhai

    ReplyDelete
  2. rasanya sama macam asb, not compliant to syariah. aku ada call pnb tanya portfolia mana dia labur....jawapan customer service tu yg dia pun tak pasti :( harap2 jangan ler invest kat calsberg atau magnum 3D atau genting ker....

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa ckp asb not compliant to syariah? kan majlis mufti kebangsaan dah kata hukum nya "HARUS".

      Delete
  3. sape kata x syariah kompliant

    ReplyDelete
  4. Saya xkisah labur di mana. Yang penting untung.

    ReplyDelete
  5. Sendiri buat keputusan, sendiri dapat habuan5 May 2014 at 01:20

    Majlis fatwa kata harus. Tapi ASB ni pegang banyak saham Maybank. Fikir-fikir lah sendiri. Tak perlu buta-buta ikut cakap orang. Di dalam Islam tidak ada konsep pendeta agama, ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. m fatwa kata harus.melabur la setiap tahun ada duit spare

      Delete
    2. oleh kerana tidak ada konsep pendeta agama. korang sendiri pikir sendiri melabur sendiri yg untung. abaikan kan fatwa-fatwa

      Delete
    3. Sila fahami isu sebenar berkenaan hukum melabur dalam ASB. Sila fahami juga mengapa kekeliruan ini berlaku.

      http://asbclub4u.blogspot.com/2014/12/hukum-pelaburan-asnasb.html

      Delete
  6. Ade mufti kata harus ade mufti kata haram.. Soo dia dah jatuh syubhah dan meragukan.. Syubhah hukum nya wajib ditinggalkan.. Cuba laa menyimpan diunit amanah yg sudah pasti comply syariahnya.. Dan memberi pulangan yg lebih tinggi

    ReplyDelete
  7. Kalau ada sorang apek ni jual mangga yang die curi.. kita beli.. adakah kita haram makan mangga tu? Sorry out of topic :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada tulis dok "ini mangga curi".....kalau ada tulis haram mutlak beli dan makan.....

      Delete
  8. Sila fahami isu sebenar berkenaan hukum melabur dalam ASB. Sila fahami juga mengapa kekeliruan ini berlaku.

    http://asbclub4u.blogspot.com/2014/12/hukum-pelaburan-asnasb.html

    ReplyDelete
  9. Who gives a shit. Janji untung ok lah tu. EPF pun mner de syariah compliant tp suma org bedal gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Kalau macam tu tak Epf pun tak boleh makan la duit tu.

      Delete
  10. Untuk tahun ni asb2 dah penuh kuota.betul ke

    ReplyDelete