Thursday 6 November 2014

Menyelami masalah kewangan IKAN!

Aku ada dapat email dari seorang pembaca blog yang sudi berkongsi status kewangan beliau dan minta aku fikirkan.
Beliau seorang perempuan dan merupakan kakitangan kerajaan (but sudah jadi bini orang....hmmm).

Emailnya berbunyi begini.







Panjang kan cerita dia ni, so aku kelaskan soalan dia kepada beberapa perenggan untuk mudah aku
jawab.

Ni jawapan aku untuk cik puan ikan ni.

Perenggan no 1: Bayar lebih untuk setel hutang honda City. 
Bayar lebih hanya mencepatkan bayar hutang, tapi TIDAK menjimatkan interest. Untuk makluman, hutang kereta adalah ditetapkan masa kita sign loan, sebab loan kereta adalah FLAT rate!
Kalau jumlah loan + interest adalah RM 50K, u kena bayar RM 50k jugak.
Cara cepat nak setel hutang kereta, jual je kereta tu!


Perenggan no 2: Tiada dana kecemasan tapi ada emas RM 30k.
Aku rasa untuk tujuan dana kecemasan, puan masih perlukan cash. Sebab kalau perlu duit tengah2 malam, bila masa nak pegi pajak emas. Gunakan duit extra RM 500 bayar kereta tadi, masuk dalam dana kecemasan.

Perenggan no 3: Nak beli rumah ke nak beli ladang?
Bergantung. Keperluan asas manusia mesti ada rumah, jadi cari la rumah dulu untuk keluarga puan. Takkan nak duduk dalam ladang kelapa sawit pulak. Kalau dah ada rumah, terpulang la pada puan nak beli rumah seterusnya atau ladang, janji boleh mendatangkan hasil bergantung pada masa, lokasi dan harga.

Perenggan no 4 / 5 / 6: 
Jumlah gaji bersih puan adalah RM 1692.11, selepas campur nafkah sang suami tolak perbelanjaan bulanan. Simpan semua duit ni dalam ASB, TH atau unit trust (bab unit trust boleh contact saya terus, hehe). Cukup 12 bulan, jumlah simpanan sudah ada RM 20,305 (tidak termasuk dividen). Kalau berjaya sampai peringkat ni, saya yakin puan akan seronok tengok baki dalam akaun.

Biasanya, pada peringkat ini, puan akan mula jadi TAMAK. Puan akan terus menyimpan RM 2500 sebulan supaya hujung tahun nanti baki akaun puan ada RM 50,000 pulak!

Kesimpulannya, back to basic. Strengthen your foundation first before taking more loads.

Sekian saja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat.

p/s: Besar jugak gaji orang gomen ni, not bad.

Sunday 31 August 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta!

Hari ini 31 Ogos, aku ingin ucapkan "SELAMAT HARI MERDEKA".

Mari kita rakyat Malaysia rapatkan barisan dan bersatu mempertahankan kemerdekaan negara kita.
Hargailah pengorbanan perajurit negara mendaulatkan tanah air tercinta. 

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !







p/s: Negara sudah 57 tahun merdeka, aku masih bertatih untuk keluar dari jajahan "hutang". Semoga aku dapat berlari dan terus "merdeka" satu hari nanti! Amin. 

Friday 29 August 2014

Balance Transfer Again!

Musim Raya dah berlalu, duit pon banyak dah habis. Hutang kad kredit sudah menggunung. Hakikatnya, aku kurang disiplin kalau bab berbelanja ni. Bajet bulanan sudah dibentangkan dan di"review" setiap bulan, tapi biasa la kita hanya merancang.

Hasil perbelanjaan sepanjang bulan Julai, sampai sudah statement credit card (CC) aku bulan ni. 
Statement balance bagi Maybankard untuk bulan ini, kena dalam RM 6000 ++.  

Statement kebocoran duit!

Untuk tidak kena interest, aku kena bayar PENUH sebelum due date iaitu 3 Sept 2014. Aku dah check bawah bantal, dalam tabung Rimau, bawah kerusi kereta, tak cukup nak bayar full bulan ni.
So, jalan penyelesaian untuk ini adalah balance transfer.

Download form balance transfer dekat website bank, isi hutang kredit kad bulan ni (campur dengan hutang-hutang kredit kad lain, kalau malas nak bayar) dan email balik ke email "customer service".


Ni form yang aku isi dan submit pada 26/8/14. Total hutang transfer, RM 8800.
Hari ni 29/8/14, aku check balik Maybank2u online, check bahagian hutang CC, "tadaa!"...hutang sudah settle!
Lepas 3 hari submit form, hutang sudah selesai.

Misi berjaya! 
Full settlement hutang CC bulan ni, settle sebelum due date dan balance transfer 0% interest.

Cuma starting next month, aku kena bayar bulan-bulan dalam RM 1466 ke kad PBB selama 6 bulan. huhu.
At least duit RM 8000 tu boleh rolling ke tempat lain dulu, daripada aku bayar lumpsum ke bank MBB.

Sekian.  

 p/s: Balance transfer ini adalah teknik pindah hutang dengan kadar yang lebih rendah. Hutang masih hutang.

Disclaimer: Jangan ingat hutang korang dah langsai terus dan penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca terus miskin lepas menggunakan teknik ini.


Sunday 10 August 2014

OPR naik 25 mata? Apakah kita terkesan?

  1. Salam hormat kalian,
  2. Tanggal 10 Julai 2014, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate sebanyak 2.5 mata asas kepada 3.25 point. 

Laporan berita berkenaan kenaikan BLR


Abang Farid, OPR ni apa? 
Sayang, sebenarnya bank-bank ni bukannya ada duit. Bila bank A nak buat bisnes bagi pinjaman kepada customer, bank A pun akan pinjam dari bank B. 

Jadi, bank negara akan tetapkan kadar interest atas pinjaman antara bank ini. Kadar interest ini dipanggil Kadar Dasar Semalaman atau dalam bahasa jawanya "Overnight Policy Rate" or OPR.   

So Abang Farid, bila OPR tinggi, apa kesan pada bank meminjam?

Sayang, bila OPR naik, maknanya bank yang meminjam kena bayar interest tinggi kepada bank yang dipinjam. Jadi bank yang meminjam punya untung sudah kurang.

Untuk cover loss ni, bank yang meminjam akan berpakat sesama mereka, dengan restu BNM untuk menaikkan BLR, naik sebanyak 0.25% 

  • Untuk local bank seperti MxB, CxMB dan sewaktu dengannya, kadar BLR naik dari 6.6% ke 6.85%.
  • Untuk internasional bank seperti Al-Raji dan sebagainya, kadar BLR naik dari 6.9% ke 7.15%.
Abang terkesankan dengan kenaikan OPR & BLR ni?

Sayang, abang orang jawa. Orang jawa jiwanya kental. Laut dalam akan kurenang, inikan pula naik turun BLR.

Realitinya, efektif 1/8/14, abang kena bayar lebih untuk bayaran installment bulan abang.
Contohnya seperti housing loan Al-Rajhi ni, BLR sudah naik dari 6.9% ke 7.15%. Kesannya seperti dibawah.

Penyata terkini potongan bulanan housing loan abang.

Eh, sian abang Farid kena bayar extra tiap-tiap bulan, nak saya tolong?
Takpe lah terima kasih. Cik Zura ada kat sebelah ni...hehe..

Wednesday 16 July 2014

Kadar Zakat Fitrah 2014 Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia !

Salam Ramadhan. 

Sudah lama aku tak update blog atau menulis entri-entri baru. Banyak faktor-faktor yang menghalang aku untuk menulis tapi faktor yang paling utama adalah MALAS (aku tak jumpa alasan lain yang lebih layak).!! Hehehe...

Diam-diam dah masuk tengah bulan Ramadan dah tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah. Hari ini dah 15 Ramadan. Tengok kat langit malam ni bulan penuh sudah keluar, maknanya hari yang ke-15 la tu kalau ikut kalendar bulan Islam.

Jadi maknanya kita ada 14-15 hari lagi nak berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini, dan tempoh ini juga memberitahu kita bahawa anda ada 14-15 hari juga untuk mengeluarkan zakat fitrah.

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2014 untuk negeri-negeri di Malaysia.

Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan!

Bagi mereka yang terlupa bab-bab zakat ini, berikut adalah soalan-soalan lazim berkaitan zakat fitrah sebagai panduan kita bersama
(Sumber: Laman Web Lembaga Zakat Selangor)

  1. Apakah pengertian Zakat Fitrah?
    Zakat fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
  2. Apakah dalil zakat fitrah?
    Zakat fitrah dalilnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada yang bermaksud:
    “Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam.”
    (Riwayat Al-Bukhari)
  3. Adakah wajib berniat untuk membayar zakat fitrah untuk diri sendiri atau sebagai wakil?
    Setiap pembayar zakat atau wakilnya wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya atau sebagai wakil.
  4. Apakah syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah?
    Syarat-syaratnya ialah:
    1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan tanggungannya pada satu Syawal.
    2. Anak yang lahir sebelum (uruf) matahari akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari Ramadan.
    3. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan.
    4. Menganut Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya sehingga awal Syawal.
  5. Berapakah kadar pembayaran zakat fitrah?
    Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  6. Bilakah waktu pembayaran zakat fitrah?
    1. Waktu Wajib : Akhir Ramadan sehingga terbit matahari.
    2. Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadan
    3. Waktu Makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
    4. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya

Kesimpulannya, bagi mereka yang berkemampuan dan tergolong dalam golongan mereka yang WAJIB mengeluarkan zakat fitrah, silalah berzakat sebelum masuk "waktu haram".

Selamat berpuasa teman-teman, semoga ibadat kita diterima Allah. Amin!

Sunday 11 May 2014

Misi Membeli Rumah Idaman bernilai RM 1 juta!

Sorry korang, aku lama tak menulis. Idea tak mari la.

Malam tadi aku lepak bersembang dengan seorang kawan yang sudah beli rumah 1 juta.
So, aku pon sudah berangan untuk beli rumah berharga RM 1 juta jugak.

Rumah-rumah untuk dijual bernilai RM 1 juta ke atas.


Cara-cara untuk memiliki rumah berharga RM 1 juta adalah sangat simple:
1. Bayar downpayment 30%, dalam 300K.
2. Apply housing loan RM 750K iaitu RM 700K (untuk pinjaman rumah) dan RM50K (untuk legal dan valuation).

Korang nampak tak, tak susah kan nak beli rumah sejuta?
Tak susah ko cakap. Nak bayar bulan-bulan satu hal, nak bayar downpayment pakai apa? 

Penyelesaian secara matematik:

1. Downpayment RM 300K.
  • Beli rumah pelaburan RM 100 ribu, jual balik harga RM 130 ribu. 
  • Dapatkan untung bersih RM 30 ribu bagi setiap rumah.
  • Ulang langkah di atas sebanyak 10 kali (lagi banyak untung bersih hasil jualan, lagi sikit korang kena ulang langkah di atas) 
2.  Loan RM 750 ribu.
Pakej loan yang ditawarkan untuk loan RM 750, 000. Sila rujuk monthly repayment!

Secara matematiknya, kau dan aku memerlukan duit sebanyak kurang lebih RM 3350 - 3400 untuk maintain bayar rumah kita yang satu juta tu tiap-tiap bulan, (atau hartanah anda akan dirampas!).

Jadi kalau bank kata "Maksimum 60% komitmen sahaja daripada gaji korang untuk bayar ansuran bulanan housing loan ni", maka gaji korang kena ada minimum RM 5600!

Nak bayar bulan-bulan macam mana? Hutang lain banyak lagi saya kena bayar tiap-tiap bulan.
  • Terminate hutang-hutang yang tak perlu tersebut! Kalau ada rumah banyak sangat, jual !!!
  • Kalau sangkut payment macam mana? Bayar pakai credit card !! Payment rumah kena cun, credit card boleh bayar minimum.
Kesimpulannya, 
Kata kunci entri ini adalah "Rumah Idaman".
Semua orang mesti memiliki "Rumah Idaman" untuk "diduduki".
"Rumah Idaman" mestilah SATU biji sahaja! Bukan 10 rumah!



Friday 4 April 2014

ASB 2. OK ke tak OK?

Tanggal 2 April 2014, dana baru telah dilancarkan oleh ASNB, Amanah Saham Bumiputra 2 (ASB 2).

Seperti abang kandungnya jugak iaitu dana ASB, ASB2 hanya dibuka kepada bumiputra Malaysia dan saiz tabung yang diperuntukan untuk dana ini adalah 10 billion unit. Harga pun tetap, seringgit seunit jugak.
Banyak ke 10 billion unit (atau 10,000,000,000) ini?
Kalau dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain,  saiz tabung ASB2 adalah bersaiz sederhana.

Saiz tabung dana-dana ASNB (harga tetap).

  • ASB - Tiada had. 
  • ASB2 - 10 billion unit.
  • ASW 2020 - 17.94 billion unit.
  • ASM - 14 billion unit.
  • AS1M - 14 billion unit. 
  • ASD - 5 billion unit.
Saiz tabung dana-dana ASNB (harga berubah)

  • ASN - 2.5 billion unit.
  • ASN 2 - 2.5 billion unit.
  • ASN 3 - 1 billion unit.
  • ASG - 1 billion unit.
Sedia maklum, dana-dana ASW 2020, ASM dan ASD telah habis dijual, baik untuk bumi atau non bumi.
Manakala dana AS1M, kuota untuk non-bumi telah habis disapu.
 
Jadi, aku rasa saiz tabung 10 billion unit untuk ASB2, kejap je korang boleh kasi langsai.

Butiran mengenai ASB 2. Limit sama juga macam ASB, RM 200K untuk akaun dewasa dan RM 50K untuk akaun anak kecik. 

Lanjutan butiran mengenai ASB 2.

Perbezaan yang aku nampak antara ASB dan ASB2 adalah dari segi portfolio pelaburan yang mana ASB memilih "Ekuiti" sebagai sasaran pelaburan manakala ASB2 pula memilih "Aset Campuran". 

Pada pendapatan aku, ASB2 lebih "play safe" kerana "aset campuran" biasanya adalah gabungan saham ekuiti dan fixed income security & money market instrument pada nisbah yang agak seimbang 60:40.
(Kalau kategori ekuiti, nisbah ekuiti biasanya lebih tinggi i.e. 70:30-80:20). 

Kebiasaannya, lebih banyak bahagian ekuiti dalam portfolio, returnnya adalah lebih tinggi terutamanya ketika market naik (dan begitu jugalah sebaliknya).

Tetapi memandangkan ASB dan ASB 2 ini harga unitnya tetap, tambahan pula ia merupakan dana "istimewa" kerajaan untuk bumiputra, pulangan tahunannya kita boleh jangka sekitar 5%-7% sahaja. Sesuai untuk pelabur yang malas berfikir dan mahu tidur tenang sepanjang tahun.

Korang paham ke aku citer ni? Kalau tak paham, korang google la sendiri, atau tunggu entri aku akan datang.

p/s: Ketika entri ini ditulis, pelabur hanya boleh membuka akaun ASB 2 di pejabat ASNB sahaja.  Ejen-ejen seperti POS, MBB, CIMB masih tidak bisa menguruskan urusan pembukaan buku ASB 2.

Friday 7 March 2014

Menjawab Soalan Peminat (Analisa Kewangan Versi Kampung) !

Sejak aku famous sebab tulis merapu-rapu dalam blog, aku sering dihujani dengan soalan-soalan dari para peminat. Rata-rata soalan bertanya pasal kewangan (tak tanya aku dah makan nasi ke belum..huhu).

Baru-baru aku dapat soalan yang agak detail untuk aku jawab. Soalan berbunyi berikut:






Soalan dia adalah, dia ada RM 300 ribu cash. Apa nak buat? 
Entah, aku pon takde duit banyak tu.

Cara mudah nak buat analisa kewangan ialah buat (1) Income Statement dan (2) Balance Sheet.

Income Statement 
  • Tujuan: Untuk periksa samada cash flow kita positif atau negatif. 
  • Kalau income melebihi expense, maka cash flow adalah positif.

Balance Sheet
  • Tujuan: Untuk periksa nilai bersih kewangan kita.
  • Aset - Liability = Net worth
So apa lagi, buat la kotak seperti di bawah dan campakkan segala nilai (value) yang diberi oleh pen"tanya" soalan tadi.  


Sebab data tak lengkap, market value untuk rumah dan tanah adalah anggaran (naik 20% dari value asal).
Serta perbelanjaan (lain-lain) jugak aku tibai je.

Akhirnya, dalam masa kurang 5 minit, dah siap kad laporan kewangan. 

Apa yang korang dapat buat kesimpulan dari rajah di atas tidak melebihi 80 patah perkataan (Soalan SPM 98 BM Kertas 1):
  • Cash flow dia positif, income MINUS expense ada extra RM 4769 tiap-tiap bulan.
  • Passive income dari sewa rumah dan sawit dalam RM 2200 sebulan. Not bad.
  • Net worth dia adalah RM 279 ribu. Maknanya, kalau dia jual semua aset dia, dan bayar semua hutang, dia akan ada cash RM 279 ribu.
Balik kepada soalan asal, RM 300 ribu nak buat apa?


Opsyen 1: Duit RM 300 ribu simpan dengan dividen 8-10%. 
--> Anda akan dapat RM 30 ribu setahun or RM 2500 sebulan extra dari dividen.
--> RM 2500 + RM 4769 = RM 7269 extra tiap-tiap bulan.

Opsyen 2: Duit RM 300K buat bayar hutang
--> Katakan si dia bayar Loan rumah (1), PL (1) dan (2), si dia akan dapat jimat installment bulanan sebanyak RM 2637.
--> Cash flow dia  = RM11200 (Income) - RM 3794 (expense) = RM 7406

Kesimpulan, tepuk dada tanya selera. Selamat maju jaya.

Iklan 
====

Untuk belajar lebih lanjut pasal Investment Holding Company (IHC), klik SINI.
Untuk belajar lebih lanjut pasal Kewangan dan Hartanah, klik HERE.

Nak semak harga emas & beli emas, klik SINI JUGAK.
Ingin membuat pelaburan unit trust, EPF and PRS, saya boleh bantu anda juga.  



Monday 3 March 2014

Selesai sudah Kolokium Pelabur Underground 2014

Weekend baru-baru ni, selama 2 hari (1-2 Mac 2014),  bertempat di Dewan Mutiara Jalan Ipoh, selesai sudah Kolokium Pelabur Underground 2014 (PU 2014).

Macam tahun lepas, aku masih lagi join event tersebut sebagai peserta biasa (siapa la aku nak jadi speaker atau tetamu VVIP) bersama kurang lebih 600 orang yang lain. Semua berkumpul dengan satu matlamat yang sama, nak cari idea baru macam mana nak buat duit poket extra (plus nak luaskan networking dan berkongsi pengalaman suka duka masing-masing.)

Ada 7 otai yang jadi speaker di atas pentas untuk PU 2014 kali ini iaitu:
1. Zaidi Ismail - Pakar manipulasi duit
2. Aqif Azizan - Write to Wealth
3. Anuar GSR - Pelaburan Emas Perak
4. Raja Kamil - Internet Marketing
5. Dr Ann Wan Seng - Rahsia Bisnes Orang Cina
6. Tuanbri - Pelaburan hartanah
7. Faisal Abdullah - Internet marketing jugak.

Selain speaker di atas, banyak lagi speaker-speaker jalanan (yang tak naik pentas) yang turut tak lokek berkongsi ilmu masing-masing. Janji rajin bukak mulut dan tanya "bro, lu invest apa? ok ke?"

Ini adalah antara "takeaway" sepajnag PU2014.

1. Misi bank adalah untuk menjual produk berbentung "hutang" dan untungkan shareholder.
2. Harga kereta baru = harga kereta + CUKAI. So, kenapa beli kereta baru ?
3. Orang kaya tak berhutang, syarikat dia yang buat hutang.
4. Simpan duit dalam bank maksimum RM 250 ribu sahaja, sebab itu je yang dilindungi PIDM kalau bank bankrup. Lebihnya simpan jadi emas.
5. Pemilihan pelaburan hartanah - kalau pelaburan ROI lebih 8%, sila proceed.
6. Dalam menjual benda / servis, yang penting customer, bukan produk.
7. Bisnes orang cina - Kerjasama yang kuat wujud sebab 1. Trust (Amanah) 2. Ambil berat.
8. Bamboo networking - flexibility dan adaptability.
9. Kerja konsultan adalah untuk tolong bisnes orang lain buat duit.

So, ini saja yang dapat aku kongsi, yang lain tak sempat tulis. Samada aku memang tak tulis, tertidur atau pergi sessi "coaching" 1-to-1 di smoking room.


Kebetulan jumpa budak KUSESS pulak.

Mereka suka membaca. Membaca jambatan ilmu.

Aku suka duduk belakang, senang nak pergi toilet. Seat depan tu untuk VVIP. 

Luahan hati blogger amatur. Macam hensem je, cam comel je...

Lagi bersama rakan-rakan sekolah.

Rakan sekolah juga.
Akhir kata, kalau ilmu sudah penuh di dada tapi enggak bisa menukar jadi harta..itu adalah sia-sia. So, jumpa lagi tahun depan.

p/s: ada jugak silent reader blog aku yang tegur aku kat sana. Not bad jugak blog aku ni..hehe...

Tuesday 7 January 2014

Nak Belajar Pasal Kewangan Tapi Malu Bersemuka? Sertai DOA !

Nak belajar tapi malu? 
Anda tiada alasan lagi, belajarlah secara online.


Kepada newbie or sesiapa saja yg ingin tau pasal pengurusan wang & hartanah, aku sarankan join dengan klik DSR Online Academy (DOA) ini. 

Uncle ni la, Dr Shah Razali a.k.a. DSR yang akan ajar korang di alam maya.

Dalam DOA. DSR dibantu oleh sifu2 yang lain, so the live support sentiasa ada. 

Ada lebih 60 video tutorial DSR & Team mengenai hartanah / bisnes / kewangan / mastercoach menjawab dll. Ilmu yang lain dari yang lain, dibantu dengan sokongan para coach.

Antara silibus DOA dalam bentuk video (tajuk-tajuk ini dishare dengan kebenaran coach DOA). 

Antara lagi silibus DOA dalam bentuk video (pada masa ini sudah ada lebih 60 video tutorial dan sentiasa bertambah).



Aku adalah salah seorang student DOA.
Personally, for me this is one the best online academy yang pernah aku sertai. (Sebab itu aku berani share dan promote DOA ni).

Yang paling penting, support from DSR dan coach2 lain tidak mengecewakan. Berapa banyak special group yang aku sertai yang dah tak aktif, tapi DOA masih fresh, active and up to date.

Plus, this is online academy, so the knowledge is at your fingertips.
Boleh tonton di mana saja, bila-bila masa. (Asalkan ada internet.) 

 So, apa lagi. Meh le belajar bersama-sama.

Layari link ini, sila klik DOA bersama DSR untuk pendaftaran.