Friday 29 August 2014

Balance Transfer Again!

Musim Raya dah berlalu, duit pon banyak dah habis. Hutang kad kredit sudah menggunung. Hakikatnya, aku kurang disiplin kalau bab berbelanja ni. Bajet bulanan sudah dibentangkan dan di"review" setiap bulan, tapi biasa la kita hanya merancang.

Hasil perbelanjaan sepanjang bulan Julai, sampai sudah statement credit card (CC) aku bulan ni. 
Statement balance bagi Maybankard untuk bulan ini, kena dalam RM 6000 ++.  

Statement kebocoran duit!

Untuk tidak kena interest, aku kena bayar PENUH sebelum due date iaitu 3 Sept 2014. Aku dah check bawah bantal, dalam tabung Rimau, bawah kerusi kereta, tak cukup nak bayar full bulan ni.
So, jalan penyelesaian untuk ini adalah balance transfer.

Download form balance transfer dekat website bank, isi hutang kredit kad bulan ni (campur dengan hutang-hutang kredit kad lain, kalau malas nak bayar) dan email balik ke email "customer service".


Ni form yang aku isi dan submit pada 26/8/14. Total hutang transfer, RM 8800.
Hari ni 29/8/14, aku check balik Maybank2u online, check bahagian hutang CC, "tadaa!"...hutang sudah settle!
Lepas 3 hari submit form, hutang sudah selesai.

Misi berjaya! 
Full settlement hutang CC bulan ni, settle sebelum due date dan balance transfer 0% interest.

Cuma starting next month, aku kena bayar bulan-bulan dalam RM 1466 ke kad PBB selama 6 bulan. huhu.
At least duit RM 8000 tu boleh rolling ke tempat lain dulu, daripada aku bayar lumpsum ke bank MBB.

Sekian.  

 p/s: Balance transfer ini adalah teknik pindah hutang dengan kadar yang lebih rendah. Hutang masih hutang.

Disclaimer: Jangan ingat hutang korang dah langsai terus dan penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca terus miskin lepas menggunakan teknik ini.


5 comments:

  1. wow begitu mudah sekali tapi bila baca last statement terus lemah haha hutang tetap hutang

    ReplyDelete
  2. Salam tuan . Kna register ke PBB dulu ke or just pergi PBB ckp nk buat balance transfer? Regardless of amount?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi, camna PBB buat bisnes xda interest lansung? Ke maksudnya bayar before due date PBB? banyak btol ilmu baru ni .. tq tuan

      Delete
    2. Salam Azrul. First mesti ada CC PBB dulu. Then, bukak website, download form. N email or fax to PBB. kena refer T&C sebab offer sentiasa berubah!

      Delete
  3. Semua bank ni ada pakar matematik, penaakulan mantik, kebarangkalian dsbnya. Walaupon dia advertise zero interest, dia tau ramai yg tak akan bayar penuh bila habis tempoh "free" tu. Kalau ada sejuta org culas membayar, depa dah buat duit dah!easy money!

    ReplyDelete