Tuesday 2 July 2013

Overdraft: Teknik Pertahanan dan Serangan!

"ADAKAN SIMPANAN KECEMASAN SEBANYAK 6 BULAN GAJI!"

Kalau korang jumpa mana-mana penasihat kewangan, inilah yang akan dia suruh korang buat sebelum start apa-apa pelaburan. 

Untuk yang jenis gatal tangan macam korang ni, aku confirm tanpa segan silu korang dengan selamba "mengusik" Emergency Saving korang sebab banyak pelaburan yang "BEST" & "IRRESISTIBLE" terhidang di depan mata.

Simpanan Kecemasan ini penting kalau korang kaki gaduh dengan BOS dan berisiko hilang income!

So, macam mana nak buat simpanan dan pada masa yang sama nak melabur?

Alkisah tahun 2009 di suatu malam, aku telah diberi pencerahan oleh teman sekerja aku En. Razal Kamal (bukan nama penuh) berkenaan OD-ASB ketika sama-sama tengah berasap. Skrip lebih kurang camni:

Aku: Saving aku abis la beb. Tiap-tiap bulan menyimpan, cukup 2-3 bulan aku korek balik. Bila nak penuh.
Razal: Ko ada ASB kan?
Aku: Ada
Razal: Gi buat ASB-Overdraft.
Aku: Nak wat camne?
Razal: Pergi tukar duit dalam ASB ko jadi sijil ASB, pastu cagar kan bank. Bank bagi cash dalam current account ko, ko belanja la duit tu.
Aku: ???

So, sampai kat darat (sebab aku kerja sebagai nelayan kat laut), aku buat apa yang dia suruh. Convert ASB RM 49K jadi sijil dan pi ke CIMB untuk buat OD. CIMB bagi aku OD RM 44100 (i.e. 90% dari value sijil) with interest BLR-2%.

OD limit seperti yang tertera. Sampai MINUS balance aku kerja kan!

Berapa banyak kena bayar interest?
Duit yang aku dapat hasil OD, aku lenjan la puas-puas sebagai "bullet" untuk membeli aset, shopping, holiday dan sebagainya. Pendek kata, pantang OD penuh, memang licin aku kerja kan.

Untuk OD yang ini, average interest kena dalam RM 140 - 170 sebulan (kalau aku pakai RM 44 K tu semua!)

Secara matematik nya,
MAX INTEREST aku kena dalam RM 1600 - RM 2040 SETAHUN !!

Untung ke tak?

Sebab ASB still bagi dividen (dalam 7%-8%) ke atas sijil aku yang RM 49K tadi, aku masih dapat  dividen tahunan RM 3430 - RM3920 dari sijil tersebut. So, kira OK la.

Kat bawah ni aku paparkan statement OD current account dari April - Jul 2013 untuk rujukan korang.


OD interest dikenakan bergantung atas penggunaan.!
Pendek kata:
1. OD adalah serampang dua mata yang boleh buat kita kaya atau papa kedana. Pandai-pandai la pakai facility ni.
2. OD limit kalau tak usik, tak kena interest. Kalau usik baru kena interest. Memandangkan interest OD ini dikira DAILY REST, kalau ada duit terpijak, parking la kejap dalam OD untuk kurangkan interest. Boleh rujuk "entri daily rest" ini.

So, akhir kata dengan OD ini, korang boleh menyimpan wang korang (pertahanan) dan pada masa yang sama, sebagai "standby bullet" untuk "LUASKAN KUASAMU!" (serangan)

Sekian, good night.

p/s #1: Pada tahun 2011, OD ASB untuk individu diberhentikan oleh bank dan PNB atas sebab-sebab aku tak tau.
p/s #2: Thanks to En Razal Kamal atas perkongsian anda. 
p/s #3: Nota ini ditulis malam sebelum hari pelayaran ke laut.

40 comments:

  1. Dah tak boleh buat od asb la skrang ni ye..

    ReplyDelete
  2. Dah baca banyak pasal OD 5 tahun dulu, tapi sampai sekarang tak paham konsep OD nie..

    ReplyDelete
  3. boleh tapi kena atas syarikat.

    ReplyDelete
  4. Tuan..lau OD ni pajak sijil ASB..mcm mana nak tebus semula?dan brapa lame tempoh pajakan tu?mohan pencerahan..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde tempoh tebus balik rasanya..
      cuma kalau nak balik sijil ASB tu, penuhkan balik OD and pergi ke bank, cancel OD facility. tu je

      Delete
  5. Kurang paham...leh reword ke bahasa yg lebih senang x??? Hehehe

    http://my-nyze.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah guna bahasa laymen yang paling simple. tak bole reword dah..tang mana yang x paham cik niza?

      Delete
    2. Almost all..or maybe I was not focusing when reading.

      Delete
  6. Kalau nak faham kena duduk face to face bawak kertas, pen dan kalkulator. Saya dulu pun tak berapa faham. Kena menuntut depan2 baru faham.

    ReplyDelete
  7. Betul tue saya pun dulu x faham tapi study kat byk2 blog then baru faham.. Cuma skrg individu dah x boleh buat od. Masa sy buat tu kira last batch. Nasib sempat.. Member2 nak buat dah tak sempat. Rezeki sungguh...

    www.vitaminutrisikeluarga.com.my

    ReplyDelete
  8. Bro, bila ko buat OD ? CIMB Islamic ke? Bank lain yg OD islamic ado ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tahun 2009 aku start buat OD...skang dah takde dah..
      nak carik OD islamik, cuba try cagar aset spt rumah...HSBC, CIMB, AMIslamik boleh buat...tp bukan cagar ASB la..

      Delete
  9. klu asb loan bleh ke bro? aku ada sijil 50k

    ReplyDelete
  10. kalau nk buat OD rumah bank bgi bpe % ye? apa syarat2nya?? rumah dah habis byar. mv 2013 rm200.000...no nothing...hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cahaya,

      bawak geran rumah, payslip dll ke bank, apply untuk OD rumah...nak bagi jawapan tepat pun tak berani, sebab bank rules sekarang tengah hangat bertukar...

      OD rumah ni cam amik loan rumah gak..1st & 2nd house loan 90%, 3rd onwards 70%...

      Delete
  11. cuma kadang2 kena fikir juga.... OD ni melibatkan interest/riba.... jadi mungkin kena fikir2kan alternatif lain yang ada....seperti islamic cashline facility.... bukan apa sekadar peringatan untuk kita berjaga2...kena berusaha untuk jauhkan diri dari riba semampu yang boleh....

    ReplyDelete
  12. sy ada sebuah condo di kota kemuning market value dalam 700K,saya nak buat OD dgn bank boleh ke...saya nak cash and saya cagar rumah tu...bank mana blh...rumah beli cash..sapa tahu bg no contact sy call nnt..atau msg sy 019-6668484(emi).

    ReplyDelete
    Replies
    1. wisley,

      boleh cagar rumah dgn bank. pastikan dapat pakej flexi loan daily rest dan tenure payment yg panjang. sbb sekarang tenure refinance house loan limit to 10 years.

      tapi ada yg kata ada bank yg boleh buat hingga 35 tahun. sila tanya banker untuk info terkini.

      Delete
  13. Kalo kita wat cagaran dkt pnb boleh lg ke???

    ReplyDelete
  14. Soalan vodoh skit.. hehee
    Nak buat OD rumah tu utk rmh yg dh abes byr je la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan cik pari tak bodoh sikit pon...hehe
      btw, rumah yg masih dalam loan pon boleh buat OD..!

      Delete
  15. Rumah yang masih loan boleh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh! tp kena refinance ke flexi loan or OD/TL package..

      Delete
  16. Sekarang ni masih boleh ke buat OD menggunakan sijil ASB, Buat kat maybank boleh tak. T ksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OD sekarang hanya untuk pemilik syarikat tunggal. Jika encik Anuar mahu buat OD. Daftar dulu syarikat, sediakan akaun syarikat dan sebagainya. Selepas tu boleh mohon. Itu apa yg saya faham lah. Tak kisahlah syarikat apa. Janji milik tunggal persendirian dan ada akaun aliran tunai masuk dan keluar...

      Delete
  17. Salam. Tuan, saya ingin bertanya soalan pantas.. Saya beli rumah, loan dgn rhb 130k. Sekarang balance loan masih ada lebih kurang 115k. Boleh ke saya cagar utk od di cimb? Market value lebih kurang 230k. Berapa % drp market value yg cimb akan kasi? Mohon maaf jika maklumat ada dalam artikel tuan yg saya tak habis baca. Terima kasih..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. If housing loan br hbs separuh blh apply od dgn cagarkan rmh tu x? Od is powerful tool for financial planning.

    humblefinancialplanning.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. If housing loan br hbs separuh blh apply od dgn cagarkan rmh tu x? Od is powerful tool for financial planning.

    humblefinancialplanning.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. Saya baru selesai memohon od + refinance rumah di rhb bank. Malangnya od tidak diluluskan dan hanya term loan dibenarkan. Bank memaklumkan od hanya boleh diberi kepada pemohon berstatus enterprise atau syarikat. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  22. saya ada rumah nilai 300k, dah habis bayar. Apa perlu saya buat untuk tambah pendapatan?
    Refinance labur asb? Ok tak?

    ReplyDelete
  23. masih merangkap untuk follow step OD guna SSM .....mohon pencerahan...

    apa dokumen yg perlu ?

    ReplyDelete
  24. Hai. Saya nak tahu kalau ASB SIJIL ni masih ada lagi tak?

    ReplyDelete