Tuesday 23 July 2013

Bagaimana Jadi Public Gold Dealer Dengan Kos Paling Murah ?

Anda berminat untuk menjadi penjual (dealer) emas pada kos paling murah?

Sempena Ramadhan yang mulia ini, Public Gold melancarkan Ramadhan Dealer Recruitement Drive (DRD) bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi bisnes emas ini. 



Sumber: Public Gold website.

Dengan Ramadhan DRD ini, sesiapa yang membeli minimum 25 DINAR dalam satu resit secara automatiknya akan jadi "PG Normal Dealer".

Terma dan syarat-syarat Ramadhan DRD

So, bagaimana nak membeli 25 DINAR pada kos yang minima?

Daripada website Public Gold, korang dapat tengok harga produk-produk PG termasuk Public Dinar.
Public DINAR ada 4 jenis i.e. 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar. 

Rupa paras Public Dinar dan spesifikasinya!

Harga DINAR pada 22/7/2013 2315 hrs.  

Setelah korang renung harga-harga emas tu, adakah korang perasan "makin besar emas tu, lagi murah harganya?" 
Ya betul. 1 Dinar = RM 602.00 tapi 10 Dinar bukan RM 6020.00 (RM 602.00 x 10) tapi RM 5971.00!

Balik pada cerita diatas, kalau korang nak jadi beli 25 DINAR (sebab nak jadi dealar), ada beberapa senario pembelian yang boleh korang rujuk di jadual di bawah.

Jadual Senario Pembelian berdasarkan harga semasa post ni ditulis!
So, apa yang dapat aku simpulkan kat sini, 
kalau nak beli 25 DINAR, beli la 10 DINAR (2 keping) dan 5 DINAR (1 keping), harganya hanya RM14,931. Jimat RM 119 berbanding beli 25 keping 1 DINAR.

Sesiapa yang berminat, sila klik link ini. Pastikan introducer code PG008347. 
Untuk keterangan lanjut boleh PM aku kat Facebook atau hubungi via H/P: 012-9196006 (Farid)

TQ

p/s #1: Offer Ramadhan DRD habis sampai 31 Julai 2013. Masa aku jadi dealer dulu, pembelian minimum kena RM 20 ribu.

p/s #2:  Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

p/s #3: Selamat berpuasa dan selamat beramal!



Thursday 18 July 2013

Surat Pajak Emas Hilang?

Surat pajak emas adalah antara dokumen penting dalam simpanan rekod kita (sekiranya anda seorang pemajak). 

Awal tahun 2013, aku telah "misplace" surat pajak aku beserta slip pembayaran bagi penebusan stok emas tersebut. Al maklum la, siapa yang tak kenal skill penyimpanan rekod dan dokumen aku, memang "superb" sampai aku punya struggle nak cari surat beranak anak aku masa nak daftar sekolah darjah satu baru-baru ini.

Gambar Hiasan - Contoh gaya menyusun fail yang bukan aku punya!


So, apa korang nak buat kalau surat pajak hilang?

1) Call kedai pajak gadai korang. Cam kes aku sebagai dealer Public Gold, aku pajak emas kat Public Gold branch je, senang! 

2) Bagi IC untuk mintak nombor surat pajak.

3) Buat Surat Akuan Berkanun. Surat tersebut mesti menyatakan nombor siri surat pajak dengan jelas.

4) Pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah (Commision of Oath) yang berdekatan dengan anda.

5) Dah setel semua, korang dah boleh pergi tebus balik gold korang. 

Contoh surat berkanun yang disahkan!

Itu saja dong..

p/s #1: Untuk setiap dokumen yang hilang samada surat pajak atau slip pembayaran, anda kena denda RM 10 bagi setiap dokumen (untuk Public Gold).

p/s #2: Berminat nak beli gold / jadi agen / semak harga emas Public Gold, sila klik link ini. (Masukkan introducer code PG008347.

p/s #3: Khidmat pajak Public Gold hanya terbuka untuk agen Public Gold sahaja. So, meh aku tolong daftarkan. Klik link ini jugak!





Wednesday 10 July 2013

Salam Ramadhan dari Lautan!

Lupa lak aku nak bagi ucapan.

Aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadat puasa.

Marilah sama-sama kita menambah amalan di bulan yang barakah ini. Semoga semoga amalan ibadat kita diterima oleh Allah dan menjadi bekalan "duit belanja" di akhirat kelak.

Amin!


 

Tuesday 2 July 2013

Overdraft: Teknik Pertahanan dan Serangan!

"ADAKAN SIMPANAN KECEMASAN SEBANYAK 6 BULAN GAJI!"

Kalau korang jumpa mana-mana penasihat kewangan, inilah yang akan dia suruh korang buat sebelum start apa-apa pelaburan. 

Untuk yang jenis gatal tangan macam korang ni, aku confirm tanpa segan silu korang dengan selamba "mengusik" Emergency Saving korang sebab banyak pelaburan yang "BEST" & "IRRESISTIBLE" terhidang di depan mata.

Simpanan Kecemasan ini penting kalau korang kaki gaduh dengan BOS dan berisiko hilang income!

So, macam mana nak buat simpanan dan pada masa yang sama nak melabur?

Alkisah tahun 2009 di suatu malam, aku telah diberi pencerahan oleh teman sekerja aku En. Razal Kamal (bukan nama penuh) berkenaan OD-ASB ketika sama-sama tengah berasap. Skrip lebih kurang camni:

Aku: Saving aku abis la beb. Tiap-tiap bulan menyimpan, cukup 2-3 bulan aku korek balik. Bila nak penuh.
Razal: Ko ada ASB kan?
Aku: Ada
Razal: Gi buat ASB-Overdraft.
Aku: Nak wat camne?
Razal: Pergi tukar duit dalam ASB ko jadi sijil ASB, pastu cagar kan bank. Bank bagi cash dalam current account ko, ko belanja la duit tu.
Aku: ???

So, sampai kat darat (sebab aku kerja sebagai nelayan kat laut), aku buat apa yang dia suruh. Convert ASB RM 49K jadi sijil dan pi ke CIMB untuk buat OD. CIMB bagi aku OD RM 44100 (i.e. 90% dari value sijil) with interest BLR-2%.

OD limit seperti yang tertera. Sampai MINUS balance aku kerja kan!

Berapa banyak kena bayar interest?
Duit yang aku dapat hasil OD, aku lenjan la puas-puas sebagai "bullet" untuk membeli aset, shopping, holiday dan sebagainya. Pendek kata, pantang OD penuh, memang licin aku kerja kan.

Untuk OD yang ini, average interest kena dalam RM 140 - 170 sebulan (kalau aku pakai RM 44 K tu semua!)

Secara matematik nya,
MAX INTEREST aku kena dalam RM 1600 - RM 2040 SETAHUN !!

Untung ke tak?

Sebab ASB still bagi dividen (dalam 7%-8%) ke atas sijil aku yang RM 49K tadi, aku masih dapat  dividen tahunan RM 3430 - RM3920 dari sijil tersebut. So, kira OK la.

Kat bawah ni aku paparkan statement OD current account dari April - Jul 2013 untuk rujukan korang.


OD interest dikenakan bergantung atas penggunaan.!
Pendek kata:
1. OD adalah serampang dua mata yang boleh buat kita kaya atau papa kedana. Pandai-pandai la pakai facility ni.
2. OD limit kalau tak usik, tak kena interest. Kalau usik baru kena interest. Memandangkan interest OD ini dikira DAILY REST, kalau ada duit terpijak, parking la kejap dalam OD untuk kurangkan interest. Boleh rujuk "entri daily rest" ini.

So, akhir kata dengan OD ini, korang boleh menyimpan wang korang (pertahanan) dan pada masa yang sama, sebagai "standby bullet" untuk "LUASKAN KUASAMU!" (serangan)

Sekian, good night.

p/s #1: Pada tahun 2011, OD ASB untuk individu diberhentikan oleh bank dan PNB atas sebab-sebab aku tak tau.
p/s #2: Thanks to En Razal Kamal atas perkongsian anda. 
p/s #3: Nota ini ditulis malam sebelum hari pelayaran ke laut.