Friday 31 May 2013

Top up ASB hujung bulan, bukan selain hujung bulan!

Diam tak diam, hari ni dah masuk hujung bulan dah (kalendar Masehi ye!).

Sesiapa yang bekerja makan gaji sudah pasti sudah menerima gaji bulanan masing-masing hasil penat lelah mereka bekerja selama 30 hari. 
Tidak kurang jugak ada di antara kita di luar sana yang kembali kepada gaya hidup 'paling asas' mereka selepas 10 hari dapat gaji kerana duit hasil titik peluh mereka bulan lepas telah habis ditelan zaman.

Simptom-simptom mereka kembali ke gaya hidup 'paling asas' amat mudah dikesan seperti makan sekali sehari, menelan mee maggi hari-hari, buat muka kesian pinjam duit dari keluarga dan kawan, sementara menunggu gaji masuk pada bulan seterusnya, jelas menunjukkan betapa kroniknya kewangan mereka. 
(ni pengalaman aku sendiri ye. Mujur ada kawan merangkap banker peribadi aku Cik Niza bagi pinjam duit RM 300 tiap-tiap bulan..hehe).

Gambar hiasan
(Ni kira ok lagi. Kalo housemate UTP aku dulu, En. Khai, dia masak dalam baldi)

So bro, lu nak citer apa sebenarnya ni?

Cukup pasal sejarah silam, balik kepada tajuk di atas. (Aku nak bagitau la ni !!). 

Kepada yang belum mula menyimpan, aku sarankan korang start menyimpan 10% (MINIMUM!!) dari duit gaji yang korang dapat tiap-tiap bulan. 
Ini adalah sebagai 'reward' atas segala penat-lelah korang keje selama ini.

10% tu nak simpan kat mana? 

Apa yang aku buat, aku simpan min  10% dari gaji aku dalam ASB.
Tiap kali dapat gaji aku make sure duit tu dimasukkan dalam akaun ASB aku sebelum hujung bulan berakhir.

Gambar Hiasan (Aku bukan ajen ASB ye. Gi le bank)
Kira-kira dividen ASB !!

Sebenarnya, korang kena paham camne ASNB kira dividen ASB. 
Dividen ASB dikira dikira secara bulanan tetapi pembayaran dividennya adalah tahunan.

Contoh
Katakan la dividen ASB yang diumumkan = 7.2% setahun 
Jadi dividen sebulan ---> 7.2% / 12 = 0.6% sebulan

  • Kiraan dividen bulanan ---> 0.6% x "BAKI MINIMUM DALAM BULAN TERSEBUT"
  • Dividen ASB tahunan yang korang dapat = Jumlah (Dividen Jan + Dividen Feb +..........+ Dividen Dis)

So, keyword dia kat sini "BAKI MINIMUM DALAM BULAN TERSEBUT"

Case study
Katakan dalam ASB korang ada RM 5000 pada hari ini (31 Mei 2013).
Korang pulak kata "arini lepak dulu la, next week hari isnin je la gi top up RM 500 dalam ASB"
So, korang pon gi top up hari isnin bersamaan 3 Jun 2013, jadi baki ASB korang adalah RM 5500.

So hujung tahun kang, masa ASB kira dividen (katakan 7.2% p.a). Berapa dividen korang dapat untuk bulan Mei dan Jun 2013?  
Jawapan:
Dividen Mei = 0.6% x RM 5000 = RM 30
Dividen Jun = 0.6% x RM 5000 = RM 30??!  

Aku sure ada manusia di luar sana akan cakap begini,

Manusia itu: Gua dah top up 5 rats masa bulan Jun, brader. Apsal lu kira 0.6% x 5 ribu je?? Bukan ke darab RM 5500 ke, brader?? 
Aku: Wa dah cakap lu x percaya. Kan itu bank kira dalam itu bulan, berapa lu punya "baki paling minimum".     
Kalau lu top up masa hujung bulan May, wa pasti bro lu punya minimum bulan Jun ada RM 5500.
Manusia itu: X#@$@@#$!

So apa lagi, sempat lagi nak gi bank top up ASB. Jangan lupa sembahyang Jumaat lak!!

Updated @ 19/6/2013 (sumber dari master prospectus ASNB) for your reference!


Thursday 30 May 2013

Petua Refinance Rumah: Lain Penilai, Lain Nilainya..

Aku bercadang untuk menambah cash dalam tangan untuk tujuan pelaburan memandangkan cash aku telah habis ditelan zaman.

Nak pinjam cash kat bank, banker cakap "Boleh tuan. Memandangkan tuan pelanggan kami yang 'setia', kami boleh berikan RM100K dengan interest serendah 10% p.a.
Jawapan aku "BOLEH BLAH!!"

Jadi antara opsyen lain untuk aku dapatkan cash adalah dengan meng"refinance"kan apa aset yang dimiliki.
Kebetulan aku ada sebijik rumah ni yang dah abis tempoh idah or "lock-in period", dan setelah membuat kira-kira, aku decide "OK, mari pajak rumah ini"

Bermulalah kisahku terlibat dengan benda-benda refinance rumah.
Ala, sebenarnya bukan 1st time buat refinance. Aku dah beberapa kali berulang alik dari Ar-Rahnu untuk pajak emas dan 3 kali pajak sijil ASB untuk Overdraft. So, pajak atau refinance ini sama je. kalo ko tak boleh tebus balik, bank OR kedai pajak tu rampas/lelong harta ko. Simple!!

Cuma kali ni besar pulak benda yang nak dipajaknya, SEBIJIK RUMAH !

Gambar hiasan (bukan gambar rumah aku!!)


Hasil pembacaan dari blog-blog dan FB rakan-rakan, ada beberapa bank yang dicadangkan dan dari senarai tersebut, aku shortlisted 3 bank i.e. HxBx, CIxB dan AMBon yang memenuhi ciri-ciri atau pakej yang aku gemari yakni flexi loan daily rest.

Setelah melengkapkan semua dokumen, aku pergi ke bank-bank berkenaan sebab nak submit dokumen.
Conversation aku dengan ketiga-tiga banker ni lebih kurang camni:
Banker: Berapa estimate value rumah encik?
Aku: Saya rasa RM500K. Bape amount refinance saya boleh dapat?
Banker: 70% dari market value (MV) je kalo rumah lebih dari 2 bijik. Apa-apa pon, MV bergantung atas penilai rasmi bank.
Aku: OK. No problem.

2-3 hari selepas kejadian diatas, aku dapat panggilan dari banker.
Ternyata ketiga2 bank bagi MV yang berbeza, bukan sikit, jauh jugak larinya.

Bank A - RM 510 K
Bank B - RM 570 K
Bank C - RM 700 K

Walaupon ini adalah estimated MV from valuer bank masing2, tapi value inilah yang bank digunakan untuk menawarkan Letter of Offer (LO) kepada pelanggan nya.


Contoh LO yang aku dapat  !!
So, masa aku nak sign LO, aku tanya mamat banker tu.

Aku: Bro, pernah tak kes bila Valuer pegi cek property, nilai jadi turun?
Banker: Pernah la, biasa la tu.
Aku: Alamak, yeke..apa kes?
Banker: Antara kes nya, masa applicant submit permohonan, dia cakap dia sudah renovate rumah dia. Dari satu tingkat jadi 2 tingkat. So valuer estimate MV rumah tu based on area build-up baru lepas renovate.
Tapi bila valuer datang cek betul2, rupa2nya rumah tu renovate TANPA approval dari local authority. So, valuer tak berani bubuh nilai tinggi takut2 kena roboh rumah tu. Valuer mesti protect bank interest ma.
Aku: So, agreement apa macam?
Banker: Kena sign balik la, semua agreement baru. Value sudah lain kan..!
Aku: OK. (sign je la!)

Kesimpulannya, dapatkan MV dari beberapa penilai sebelum membuat sebarang transaksi. samada nak jual or refinance. Takut kalo valuer korang bagi MV rendah, nanti korang akan menjual rumah anda di bawah MV. Silap-silap 20-30% bawah MV.
(Unless kalo korang mmg nak jual murah, call and offer la kat aku ye!! hehe)

Nota kaki: Setelah customer agreed dan signed dengan pakej yang ditawarkan dalam LO, amaun yang ditawarkan masih boleh berubah bergantung kepada penilaian SEBENAR oleh valuer bank tersebut.


   

Wednesday 29 May 2013

Aku mau jadi kaya !!

Memang sudah ditakdirkan, kemewahan kebendaan menjadi subjek penting dalam menilai status kekayaan seseorang individu. Atas faktor itulah, banyak pihak (terutamanya pihak sales/marketing company) telah mengambil kesempatan menggunakan gambar rumah-rumah mewah dan kereta-kereta mewah sebagai "eye-opener" kepada prospek-prospeknya dan seterusnya menarik mereka untuk menyertai networking diorang sebagai "member".
Pakcik kayo!!

Gambar hiasan


Adakah itu salah?

Pada pendapat aku, suka hati diorang la. Setiap manusia ni diciptakan berbeza-beza dan amat unik. Malah, kalo kita ada anak 10 orang sekalipun, boleh dikatakan kesepuluh-sepuluh anak ini mempunyai fi-il dan perangai yang x sama. Balik kepada cerita di atas, pihak marketing sudah stadi dan mengkaji "behaviour" prospek-prospek mereka, ada yang miskin dan ingin hidup senang, ada yang dah senang nak hidup mewah pulak dan ada jugak yang "ala, aku x kisah". Jadi untuk prospek yang rasa nak merubah hidup mereka, mereka akan merasakan "ha, inilah yang aku cari-cari selama ini". Jadi, jika ada permintaan atas apa yang ditawarkan, so the deal is ON.

 Dah tu, apsal ko tulis cerita ni?

Aku terpanggil untuk menulis entri ini sebab kenalan aku (Si 'X') telah didatangi oleh seorang rakannya (Si 'Y') bagi menyertai satu MLM. 'Y' menceritakan bagaimana uplinenya hidup mewah setelah buat bende MLM ni. Si 'X' ini memang kurang berminat pasal MLM ini tapi dah tetamu, layankan aja. Setelah abis cerita, si 'Y' tanya kat kenalan aku "Bro, boleh pinjam RM35 ribu tak? Nak buat modal beli produk." Terus tersentap si 'X' dengan request itu dan terus cakap "Lepas ko habis minum ni, sila lah balik".. Hahaha..Cool!

Secara peribadi, aku rasa MLM telah dipandang serong oleh sesetengah lapisan masyarakat sebab scam2 camni la. Kalau upline dia sangat kaya nak mati, kenapa la si upline dia tak pinjamkan duit kat downline dia yang miskin ni.? kenapa suruh orang bawahan nya pi kesana kemari untuk pinjam duit untuk modal nak jadi kaya cam dia...dunia oh dunia...!

-farid-

Akhirnya...Aku Sudah Ada Blog!!

Hari ini Rabu tanggal 29/5/2013 pada 1450 hrs..akhirnya, terbukak jugak hati aku untuk menulis blog. Memang tidak dapat dinafikan, sesungguhnya manusia memang tidak dapat lari dari sifat suka berkongsi apa saja ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Walaupun ada suara-suara sumbang yg berbunyi "ala, benda bodoh ni pon nak masuk blog ke", "tak payah share la, semua orang dah tau cerita ni" dan sebagainya, namun perkongsian itu memberi satu kepuasan yang tak terkata.

Secara peribadinya, aku rasa banyak benda yang ada dalam kepala ini yang nak kita luahkan, yang ingin dikongsi. Tapi kang bila kongsi tak kena tempat, bak kata orang "share the right thing, at wrong place and at wrong time", mau tak pasal2 kita kena lempang. 
Pergi masjid citer pasal saham, duduk kat majlis kenduri orang pegi share pasal produk MLM, main futsal citer pasal FOREX dan banyak2 lagi contoh dalam kehidupan harian kita yang boleh kita ambil pelajaran. So, baik tulis je apa yang nak diluahkan dan "share" di alam maya. At least, kalau orang tak suka pon, takde la aku nampak diorang buat muka tak suka depan mata...hehe

Enough for intro, anyway congratulation to myself for start bogging. Nak start sesuatu benda memang senang, nak istiqamah atau maintain berterusan tu yang payah. So, all the best to myself.

-farid- 

p/s: To lovely reader, tolong la bagi sokongan membina agar aku bisa mencoret sepuas-puasnya...hehe