Wednesday, 29 May 2013

Akhirnya...Aku Sudah Ada Blog!!

Hari ini Rabu tanggal 29/5/2013 pada 1450 hrs..akhirnya, terbukak jugak hati aku untuk menulis blog. Memang tidak dapat dinafikan, sesungguhnya manusia memang tidak dapat lari dari sifat suka berkongsi apa saja ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Walaupun ada suara-suara sumbang yg berbunyi "ala, benda bodoh ni pon nak masuk blog ke", "tak payah share la, semua orang dah tau cerita ni" dan sebagainya, namun perkongsian itu memberi satu kepuasan yang tak terkata.

Secara peribadinya, aku rasa banyak benda yang ada dalam kepala ini yang nak kita luahkan, yang ingin dikongsi. Tapi kang bila kongsi tak kena tempat, bak kata orang "share the right thing, at wrong place and at wrong time", mau tak pasal2 kita kena lempang. 
Pergi masjid citer pasal saham, duduk kat majlis kenduri orang pegi share pasal produk MLM, main futsal citer pasal FOREX dan banyak2 lagi contoh dalam kehidupan harian kita yang boleh kita ambil pelajaran. So, baik tulis je apa yang nak diluahkan dan "share" di alam maya. At least, kalau orang tak suka pon, takde la aku nampak diorang buat muka tak suka depan mata...hehe

Enough for intro, anyway congratulation to myself for start bogging. Nak start sesuatu benda memang senang, nak istiqamah atau maintain berterusan tu yang payah. So, all the best to myself.

-farid- 

p/s: To lovely reader, tolong la bagi sokongan membina agar aku bisa mencoret sepuas-puasnya...hehe

5 comments:

  1. aku pon nak start blog tp tak start2 lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start je..xde deadline pon..hehe

      Delete
  2. hahaha tah ni ah darik aku yg bini seorg blogger! sejak bini aku jadik bllogger gambor aku bole kluau dlm google search haha maka kalau ko ade tulis hal2 ade kena mengena dgn aku maka akan bertambahlah koleksi gambo2 aku d alam maya hahaha-this is megatron

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ok2..kang aku buat entri pasal kete rosak tepi jalan..aku cari gambar ko..

      Delete
  3. Macam mana nak start, buta it betullah saya ni

    ReplyDelete