Sunday 11 May 2014

Misi Membeli Rumah Idaman bernilai RM 1 juta!

Sorry korang, aku lama tak menulis. Idea tak mari la.

Malam tadi aku lepak bersembang dengan seorang kawan yang sudah beli rumah 1 juta.
So, aku pon sudah berangan untuk beli rumah berharga RM 1 juta jugak.

Rumah-rumah untuk dijual bernilai RM 1 juta ke atas.


Cara-cara untuk memiliki rumah berharga RM 1 juta adalah sangat simple:
1. Bayar downpayment 30%, dalam 300K.
2. Apply housing loan RM 750K iaitu RM 700K (untuk pinjaman rumah) dan RM50K (untuk legal dan valuation).

Korang nampak tak, tak susah kan nak beli rumah sejuta?
Tak susah ko cakap. Nak bayar bulan-bulan satu hal, nak bayar downpayment pakai apa? 

Penyelesaian secara matematik:

1. Downpayment RM 300K.
  • Beli rumah pelaburan RM 100 ribu, jual balik harga RM 130 ribu. 
  • Dapatkan untung bersih RM 30 ribu bagi setiap rumah.
  • Ulang langkah di atas sebanyak 10 kali (lagi banyak untung bersih hasil jualan, lagi sikit korang kena ulang langkah di atas) 
2.  Loan RM 750 ribu.
Pakej loan yang ditawarkan untuk loan RM 750, 000. Sila rujuk monthly repayment!

Secara matematiknya, kau dan aku memerlukan duit sebanyak kurang lebih RM 3350 - 3400 untuk maintain bayar rumah kita yang satu juta tu tiap-tiap bulan, (atau hartanah anda akan dirampas!).

Jadi kalau bank kata "Maksimum 60% komitmen sahaja daripada gaji korang untuk bayar ansuran bulanan housing loan ni", maka gaji korang kena ada minimum RM 5600!

Nak bayar bulan-bulan macam mana? Hutang lain banyak lagi saya kena bayar tiap-tiap bulan.
  • Terminate hutang-hutang yang tak perlu tersebut! Kalau ada rumah banyak sangat, jual !!!
  • Kalau sangkut payment macam mana? Bayar pakai credit card !! Payment rumah kena cun, credit card boleh bayar minimum.
Kesimpulannya, 
Kata kunci entri ini adalah "Rumah Idaman".
Semua orang mesti memiliki "Rumah Idaman" untuk "diduduki".
"Rumah Idaman" mestilah SATU biji sahaja! Bukan 10 rumah!



2 comments:

  1. aku pun tengah cari rumah farid, from observation, rumah kat KL lagi murah dari rumah kat Selangor e.g. petaling jaya, puchong area

    ReplyDelete
  2. Pesan saya..membeli mengikut kemampuan. Jangan terlalu membebankan. Rumah besar memerlukan maintenance besar, bil elektrik besar, bulanan pun tinggi. Yang penting hati kena happy..dok rumah besar tapi asyik takut menunggu hujung bulan pun tak berbaloi.

    ReplyDelete