Friday, 7 March 2014

Menjawab Soalan Peminat (Analisa Kewangan Versi Kampung) !

Sejak aku famous sebab tulis merapu-rapu dalam blog, aku sering dihujani dengan soalan-soalan dari para peminat. Rata-rata soalan bertanya pasal kewangan (tak tanya aku dah makan nasi ke belum..huhu).

Baru-baru aku dapat soalan yang agak detail untuk aku jawab. Soalan berbunyi berikut:






Soalan dia adalah, dia ada RM 300 ribu cash. Apa nak buat? 
Entah, aku pon takde duit banyak tu.

Cara mudah nak buat analisa kewangan ialah buat (1) Income Statement dan (2) Balance Sheet.

Income Statement 
  • Tujuan: Untuk periksa samada cash flow kita positif atau negatif. 
  • Kalau income melebihi expense, maka cash flow adalah positif.

Balance Sheet
  • Tujuan: Untuk periksa nilai bersih kewangan kita.
  • Aset - Liability = Net worth
So apa lagi, buat la kotak seperti di bawah dan campakkan segala nilai (value) yang diberi oleh pen"tanya" soalan tadi.  


Sebab data tak lengkap, market value untuk rumah dan tanah adalah anggaran (naik 20% dari value asal).
Serta perbelanjaan (lain-lain) jugak aku tibai je.

Akhirnya, dalam masa kurang 5 minit, dah siap kad laporan kewangan. 

Apa yang korang dapat buat kesimpulan dari rajah di atas tidak melebihi 80 patah perkataan (Soalan SPM 98 BM Kertas 1):
  • Cash flow dia positif, income MINUS expense ada extra RM 4769 tiap-tiap bulan.
  • Passive income dari sewa rumah dan sawit dalam RM 2200 sebulan. Not bad.
  • Net worth dia adalah RM 279 ribu. Maknanya, kalau dia jual semua aset dia, dan bayar semua hutang, dia akan ada cash RM 279 ribu.
Balik kepada soalan asal, RM 300 ribu nak buat apa?


Opsyen 1: Duit RM 300 ribu simpan dengan dividen 8-10%. 
--> Anda akan dapat RM 30 ribu setahun or RM 2500 sebulan extra dari dividen.
--> RM 2500 + RM 4769 = RM 7269 extra tiap-tiap bulan.

Opsyen 2: Duit RM 300K buat bayar hutang
--> Katakan si dia bayar Loan rumah (1), PL (1) dan (2), si dia akan dapat jimat installment bulanan sebanyak RM 2637.
--> Cash flow dia  = RM11200 (Income) - RM 3794 (expense) = RM 7406

Kesimpulan, tepuk dada tanya selera. Selamat maju jaya.

Iklan 
====

Untuk belajar lebih lanjut pasal Investment Holding Company (IHC), klik SINI.
Untuk belajar lebih lanjut pasal Kewangan dan Hartanah, klik HERE.

Nak semak harga emas & beli emas, klik SINI JUGAK.
Ingin membuat pelaburan unit trust, EPF and PRS, saya boleh bantu anda juga.  



6 comments:

  1. Ni kalau jumpa detektif kewangan Tuan Zaidi Ismail ni.. sket lg boleh jadi jutawan nie..

    ReplyDelete
  2. tq encik farid, boleh tiru ni..hehe

    ReplyDelete
  3. guna duit beli lagi rumah sewa ke? kalau ada 300k, rasanya boleh sambar berapa biji flat secara cash... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..antara option yg baik dan boleh difikirkan jugak....

      Delete