Thursday 13 June 2013

Gimik Jualan Rumah yang Meng"Tension" kan!

Aku baru settle BATALKAN satu pembelian rumah yang aku nak beli atas dasar "follow the crowd"! 

Beberapa bulan lepas, ada satu fenomena yang melanda aku dan rakan-rakan yang bercita-cita nak membuat duit melalui pelaburan hartanah. 

Banyak iklan-iklan property sebelum ni yang melintas di website, facebook dan surat khabar tapi aku tak ambik 'port' pon tapi iklan yang satu ni benar-benar mengujakan.

"BELI RUMAH DAPAT RM 40 RIBU"

Dengan ayat tersebut, promosi di lakukan di SSP2, Cyberjaya telah berjaya menarik minat potential buyer sampaikan pengunjung yang "LAMPI" (LAMBAT PIKAP) cam aku ini terpaksa berjalan kaki jauh sebab takde parking yang berdekatan. 

Sampai sana, pihak developer X dengan kerjasama pihak financing , Y telah memberi penerangan tentang property mereka dan apa pakej yang mereka offer (yang mana rata-rata pengunjung lebih berminat tentang RM40K tu!). Dia jual studio unit 500 sqft pada harga RM 285,000 dengan 17% diskaun.

Apa kesan hasil promosi tersebut? 

SOLD OUT BEB! 300 lebih unit habis dijual sebelum jam 1 tengah hari. Isi form, pilih unit dan bayar RM1000, cari financing and the unit is yours!

Aku dan rakan aku yang "LAMPI" tak melepaskan peluang nak "follow the crowd". Apa unit yang ada, bedal je. Tak de masa dah nak tgk fengshui2, matahari petang arah mana, bekalan air kuat ke tak dan sebagainya.

Habis citer hari pembelian. Last week aku terpaksa cancel unit tersebut atas sebab-sebab yang korang boleh baca dalam surat ini. 

(Atas sebab-sebab keselamatan, aku 'hidden'kan maklumat tertentu. Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang korang rasa sesuai .. hehe)

Surat cancel page 1
Surat cancel page 2

So, inilah akibat kalau kita follow the crowd tanpa usul periksa. Mungkin korang cakap offer ni OK. 
Tapi bagi aku yang berbajet ciput ni, aku rasa mungkin bukan rezeki aku kot. 

p/s: Akhir kata, banyak offer kat luar sana. Pepandai la korang nak filter yang mana intan, yang mana kaca.





16 comments:

  1. harapnya brader dapat balik duit rm1k tuh

    ReplyDelete
  2. tqs 2 u 4 revealing this "scam"

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome.
      i just shared my experience,its up to the reader to judge.!

      Delete
  3. Saya beli gak projek tu tp dpt 9% je discount pada harga 255k... loan 234k monthly rm1275... I beli b4 diorg naikkan harga so kira xfollow crowd ar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congrate to you! i heard from 300 over buyers, ONLY around 45 buyers back off.
      Majority still optimise this project will profit. So, they might right and I may wrong !!

      p/s: apsal aku ckp omputih ni...cacat btol!



      Delete
  4. Xtau nk ckp cane. Ak beli gk umah ni n plan nk ddk. Tp ak bncg2 ngn org2 pkns diorg naikkn harga sbb mmg kne naikkn. Dats y diorg bg discount another 7%. Tp if lps tolak discount hrga rmh skn jd lebih lurg 240k jgk. So loan pn pkns bole bg lps dscount or bfre dscount. If lepas dscount xdela rebat, if bfre ade la rebat. Dptla blk duit sikit. Kalau nk compare dgn studio yg lain kt area ni, yg lain sume lg mhl. So its up to buyer yg nk beli studio kt cyberjaya or not. Stlh ak recci, ni studio yg plg murah.

    Ak xtau kalo korg ckp scam ke ape, ak da kje kt cyber lbh kurg 3 taun tp baru2 ni je diorg br naikkn residence kt cyber. N akan ade shopping mall tgh2 tu. plus conpany2 mnc bsepah kt sini dmane ramai foreigner yg duk kt kl.


    Bg ak ak nmpk potential cyberjaya. But depends masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En md zuhairi,
      takde niat nak kata aku betul & korang salah!
      & siapa la aku nak cakap "Mari kita boikot projek ni"

      just aku x gemar cara dia promote...

      ko tau berapa tension nya aku bila duk sembang ngan staf financing "MxxB" sampai sejam, duk citer pasal pakej special yg x wujud!

      berkenaan potensi cyber, selagi penawaran melebihi permintaan, selagi tu la ada potensi. umat manusia bertambah, tanah kat m'sia ni besar tu jugak...cuma lambat or cepat je.

      just it doesn't suit my objective & my wallet!

      Delete
    2. Mbsb mmg cmtu, bile da diskas dgn org2 bank lain br tau yg mbsb mmg cb skit.

      Tp bg ak mmg kne ade holding power yg kuat n lame sbb kawsn ni still developing. Bg ak klo ko kne bayo loan 1300/1400 per month mmg susa nk compete utk rent out sbb org akn prefer rumah 3 bilik kt cyberia@puchong.

      Ak pn cari yg plg lame tenure utk bulanan minimum, alhmdllh maybank ade offer 40taun 4.3%.

      Ak pn noob psl umah2 ni. Cume bg pndgn.

      Delete
    3. with that good pakej from MBB, you are very lucky man Mr Zuhairi..
      bukan rezeki aku kot kali ni plus holding power aku x cukup power! so, lain kalilah..

      Delete
  5. Aku masih tak layak lagi main prop yyg mahal mcm ni. takut nanti nak jual balik susah nak cari buyer. 500sqft dgn harga dekat rm300k. Bila dah siap agak2 harga cecah rm400k. pegh senang ke nak jual balik nanti? baik org ramai dukduk bangi, puchong ulang alik ke cyber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. now, people buy property at future price using current money!
      contoh kat Putra Height, dulu harga dlm 400k, bila kata LRT nak buat kat situ, trus harga naik jadi 700K...

      p/s:kalo ada yg murah kat puchong & bangi, aku berminat..!

      Delete
  6. Tau projek tu.. xtraVEGAnza tu kan.. naper tak try seberang flyover runtuh tu cari rumah landed kat sana.. lelong ada lagi dalam 290k.. lambat la blog nih.. kalau rajin putra perdana bleh dapat lagi dlm 300k kot.. kot la sebab harga rumah now mencanak.. rumah lama tapi atas tanah.. landed kat bawah projek ni pun ada teres setingkat dalam 250k.. kot la.. kalau tak naik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak abis stadi lg kawasan tu...ko mmg duk kawasan tu ke?

      Delete
  7. salam.

    nak tanya, booking fees rm1000 tu ada potensi untuk dipulangkan ker? berjaya dapata balik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..1K dah dapat balik...dalam masa 3 bulan!

      Delete