Monday 5 August 2013

Welcome to the World, My Baby Girl!

Alhamdullillah, tanggal 1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H, cik zura selamat melahirkan baby girl ke-2 kami di KPJ Damansara Specialist  Hospital ada jam 0933 pagi.

Memandangkan 6 tahun lepas, masa baby 1st kami lahir, aku tak dibenarkan masuk ke Operation Theater (OT) sebab kes emergency, kali ini aku diberi kesempatan untuk menemankan Cik Zura di bilik OT sebab ni planned ceaser (Ada sebab kena buat ceaser, tak payah tulis la).

The best part is sambil aku melayan Cik Zura yang telah di"Epidural"kan, aku dapat saksikan secara live doktor dengan coolnya membelah bawah perut cik Zura dan mengeluarkan baby kami. Cik Zura boleh tanya  "Awak, doktor tengah buat apa?" padahal perut dah terbelah dah. Huh, hebat kuasa Allah. (aku nak ambik movie dan gambar pembedahan, doktor tak bagi pulak..!)

Finally tepat jam 0933hrs 1/8/2013, baby girl aku pon keluar. Tahniah dan terima kasih kepada doktor-doktor pakar and the team yang terlibat dalam mejayakan misi 'my baby day out' ni.
  • Gynecologist - To' Puan Dr Maziah Ahmad Mahidin
  • Anaesthesiologist - Dr Hilmi Hussein
  • Paediatrician - Dato' Dr Azizi Hj Omar


Ni la anak perempuan saya!

Baby aku tengah praktis karaoke!
Malam ni merupakan malam ke-5 aku bermalam di wad spital ni. Kena tahan sebab Cik Zura masih belum fit untuk berjalan dan pulang ke rumah. Dan siang tadi baby aku dikesan ada jaundice (kuning), so doktor tak teragak-agak untuk extend our stay kat sini sebab nak letak baby bawah sinaran UV selama minimum 24 jam.

Baby aku tengah UV bathing!

Sian lak aku tengok baby aku kena tido sorang-sorang kat Special Care Unit. huhu
Hopefully, bini and anak aku recover cepat and boleh balik esok. Apa-apa pon, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki-Mu di bulan yang barokah ini. Amin!

p/s: Masih memikirkan nama baby aku, start dari huruf F.

5 comments:

  1. Tahniah Bro...semoga rezeki bertambah murah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....xsaba aku nak balik jumpe baby girl...huhu!i'll be back soon..

    ReplyDelete
  3. Salam, boleh tau price tak, because im planning to deliver here plan ceaser with dr maziah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pn watie, sila rujuk post 22 ogos...saya dah bubuh bil kat situ..
      selamat beranak...

      Delete