Tuesday, 22 October 2013

Dari Hutang CC 30K, Encik K telah Upgrade Civic FD ke Audi A4 ??

Baru-baru ni ketika ada meeting di Hyatt Kuantan, aku telah bertemu dengan seorang rakan sekerja lama yang dah lama tak jumpa (agak-agak dalam 3 tahun la). Nama dia Encik K.

Walaupon aku dilahirkan kacak, ternyata sekarang dia jauh lebih kacak dan berkarisma dari aku. Sebab sekarang dia sudah bawak Audi A4 yang berharga RM 178 ribu (mungkin bagi korang murah je, bagi aku mahal sebab beribu-ribu kali ganda dari gaji aku).

Alkisah suatu petang ni pantai Hyatt yang renyai, dialognya berbunyi camni.

Ni la tempat aku sedut ilmu Encik K sambil minum air kelapa.

Aku: Bro, ajar aku camne ko beli kete Audi ni? Apa jadi dengan Civic FD ko?
Encik K: Aku beli ni tak sengaja bro, panjang citernya.
Aku: Pendek kan.
Encik K: Last year aku ada hutang bulanan yang banyak. Aku kena bayar bulan2 dalam 3 ribu untuk kete Civic dan CC aku je. Hutang Civic sebulan dalam RM 1100 dan CC aku ada outstanding dalam 30 ribu.
Aku: Then?
Encik K: Aku buat personal loan dengan Bank Islam RM 100K. Tapi Bank Islam taknak bagi cash, dia nak setelkan hutang aku. So, habis hutang kete RM 70,000 dan hutang CC RM 30,000. Dan aku bayar bank Islam bulan2 dalam RM 1000.
Aku: hmmm...Ok..apa kaitan dengan tukar kete tue?
Encik K: Pasal kete tu, asalnya aku xde plan nak tukar. Tapi aku gatal tangan pi tukar absorber adjustable, terus tak sedap kete tu. Dengan rasa tak puas hati, aku pon post kat Mudah, nak jual kete Civic FD 2008. Harga dalam RM 98K.
Aku: Hmmm...boleh ke? Market value bukan dalam RM 80K lebih ke?
Encik K: Tu la pasal, ada orang nak kete aku, Farid. Dia mintak tawar, aku kurangkan RM 500 pon dia nak jugak. So, deal pon ON la. Dia amik kete aku, aku dapat RM 97,500 cash!
Aku: So, balik ke citer Audi tadi?
Encik K: Apa payah nya. Duit tadi aku dump la beli Audi A4 tu. Downpayment dalam RM 100K, aku amik loan dalam RM 78K. Bulan2 dalam RM 780 for 9 years.
Aku: Hmmm...bijak2.

Civic yang di"letgo" (Gambar Hiasan)

Audi A4 yang di"angkat" nya. (Juga gambar hiasan)

So, itulah tips yang dikongsikan oleh Encik K.

  • Tahun 2012, dia ada Civic FD, hutang CC RM 30K dan komitmen bulanan dalam RM 3000.
  • Tahun 2013, dia jual Civic FD, angkat Audi A4, tiada hutang CC dan komitmen bulanan dalam RM 1800 aje.

Lesson learnt:
1. Kalau absorber rosak, masuk yang standard balik. Kalau tak sedap jugak, tukar kereta terus.
2. Ini antara cara debt consolidation, menyusun hutang agar kita tidak tenggelam dalam komitmen bulanan yang tinggi.

Semoga bermanfaat dari pembacaan ini.

9 comments:

  1. En.K boleh terus beli kete lain dgn rege cash 97K tanpa buat loan baru dan tidak ada komitemen 800 tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak cakap cik Radzi, duit org bukan duit kita...tapi kita boleh belajar dari kisah org dan perbaiki untuk kebaikan kita bersama...

      Delete
  2. Replies
    1. CC tu Credit Card, bukan kapasiti enjin...

      Delete
  3. Adakah dengan itu maka Encik K telah berhutang RM100k (BankIslam) + RM78k (LoanHP)?
    Maka bayaran bulanan Encik K pastilah lebih dari RM1800 sebulan?
    Mohon pencerahan.

    p/s: Encik Farid mmg mesin gol. Kalah pemain import dari siam tempohari.

    ReplyDelete
  4. Hutang Lama
    Hutang Civic FD tu mungkin tinggal kurang dari 9 tahun. Mungkin 5-6 years.
    Hutang Credit Card Minimum payment - RM1900 = 30k (Mungkin 5 years period with 10-20% interest)

    Hutang baru
    Bank Islam Personal loan 100k - 1000 Monthly (10 tahun)
    Audi loan 78k - 780 Monthly (9 tahun)

    Konklusi: En. K bijak dalam menyelesaikan hutang CC kerana interest lebih tinggi bagi CC dari personal loan. Tetapi En. K juga kini mengurangkan bebanan bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman (10 tahun dan 9 tahun)

    ReplyDelete
  5. nasib ada nak beli 97K tu.. kalau skang.. 80K pon lom tentu..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. malas la...ko dah kaya, beli kereta cash..

      Delete