Thursday 12 December 2013

Balance Transfer Program for Dummies!

Pakai Credit Card (CC) ni senang je. Swipe now -> pay later -> swipe again -> pay later again.
Camni la pusingan pakai CC sampai lebam.

Tapi macam mana lak kalau pusingan dia sudah tak membentuk pusingan lagi, dah lari jadi bentuk lain camni

"Swipe now -> pay later (minimum) -> swipe again -> pay later again (minimum lagi) -> swipe lagi -> KEBABOM (tak mampu bayar)!! 

Welcome to the Club, bro. Don't worry, you are not alone.Menurut petikan rencana paper KOSMO,
"Seramai 9,471 orang telah diisytiharkan muflis sehingga suku ketiga tahun 2012 mengikut statistik MdI." 
"Sejumlah 6,203 daripadanya diisytiharkan sebagai muflis akibat kegagalan menjelaskan hutang kad kredit. Ia menjadi kebimbangan kerana turut membelenggu sebilangan belia yang mempunyai tanggungan kad kredit dalam usia yang masih muda." 
Untuk Artikel Penuh, klik link ini 
Balance Transfer Program

Macam yang aku bagi tau dalam entri sebelum ni, Balance Transfer or BT adalah antara jalan keluar terakhir (mungkin bukan yang terbaik) bagi nak melunaskan hutang CC, meminimakan interest charge dan elakkan jadi muflis. Umum sedia maklum bahawa CC interest yang dikenakan  oleh pihak bank adalah yang kedua tertinggi selepas Ah Long (ke salah? Ah Long no.2 and CC no.1??).
Kadar interest seperti berikut:
13.5% p.a. - For those who pay promptly for 12-months consecutively.
16% p.a. - For those who miss 1 or 2 month within 12-months.
17.5% p.a. - Other than above. 
Kita ambik kes interest yang paling kambing la. 
17.5% per annum on reducing outstanding balance. OR 1.46% monthly.
Pendek kata, kalau ko pakai CC RM 1000, dapat statement buat tak tau je, next month hutang CC jadi RM 1064! (RM 1064 = 1000 (pokok) + 14.6 (interest) + 50 (late charges) !!!

Kisah Teladan (Based on true story!)

Rententan dari cerita entri terdahulu, bulan ni hutang terkumpul CC aku agak banyak. Salah siapa? Entah la, macam ada bisikan je suruh swipe CC tu. Aku summary kan semua hutang CC dalam gambar dibawah.      
Senarai hutang-hutang CC ismet dalam dan luar negeri!
Lepas aku check semua hutang tu, ternyata aku tak mampu dan takde cash nak bayar. Almaklum la, bergaji kecik. So, sebagai quick solution, aku terpaksa buat BT untuk CC aku tu (seperti dalam gambar di atas).

CC MBB & HSBC ---> CC PBB (BT 6-Months 0%, no processing fee)
CC PBB                   ---> CC MBB (BT 6-Months 0.5% p.m, no processing fee) 

"Langkah ini dapat mengurangkan interest bulanan dari 1.45% p.m (atau RM 490) kepada 0-0.5% p.m. (atau RM 169). Jimat dalam RM 320 sebulan." - Menteri Kewangan Farid    
So, kalau korang pon tersepit dalam golongan berhutang ni, boleh dicadangkan pakai cara ni.
Sila lihat promosi bank-bank PBB dan MBB seperti di bawah.

Balance Transfer by Maybank

Balance Transfer by Public

p/s: aku pakai MBB dan PBB balance transfer sebab kad ni je yang aku ada. Kat luar, maybe ada offer yang lebih menarik.

p/s/s: lepas dah buat BT , jangan korang boros balik kad lama yang dah kosong tu.

Selamat Transfer, Transfer dengan Selamat.  

7 comments:

  1. Pbb mmg the best bt rate so far. Agree? Sbb tu aku x cancel cc pbb. Hehe

    ReplyDelete
  2. Salam, mcm mana pula nak aplikasikn concept BT nie klu sekiranya kita menggunakan satu je CC. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...apply kad lagi satu..
      tak penah dibuat org, apply BT tp CC ada satu je..

      Delete