Wednesday 1 April 2015

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!

I'm back my dear!

Hari ini aku nak kongsikan macam mana korang boleh kasi kurang bayaran bulanan anda.
Skil ini sebenarnya ramai yang telah aplikasikannya tapi lagi ramai yang tak tahu.

Sebab apa ramai yang tak tahu? Sebab bank takkan ajar, kecuali banker yang baik hati dan budiman. (Aku bukan banker, apatah lagi seorang busker. Aku hanya seorang lelaki yang mana hatinya sudah dimiliki orang..!!)

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua gaji, duit sewa, duit kutu, duit KWSP dan apa jua sumber yang korang dapat dalam bulan tersebut dalam akaun housing loan flexi korang.
  2. Bank akan sedut bayaran ansuran bulanan (prinsipal + interest/hibah/profit) korang pada satu tarikh yang ditetapkan. Dalam kes aku, bank akan sedut pada 22hb setiap bulan. 
  3. Bank akan kira interest / profit berdasarkan baki semasa dalam akaun flexi tersebut. (Kalau baki dalam akaun adalah tinggi, maka interest akan kurang.)  
  4. Lepas bank dah sedut, korang pakai la balik duit tu.
Faham tak? Kalau kurang jelas, lihat contoh real akaun aku seperti berikut:


Gambar 1: Ini contoh LO yang aku dapat suatu masa dulu. Jumlah loan adalah RM 490,000.
  

Gambar 2: Ini isi perut LO tadi. Diringkaskan, untuk loan RM 490K,
aku kena bayar RM 2,229 dari bulan pertama selama 35 tahun!

Gambar 3: Realitinya, setiap 22hb bank akan sedut installment (Lihat bahagian "Debit").
Tapi kenapa tidak RM 2,229? Kenapa RM 1700 - 1800 sahaja?


Gambar 4: Bayaran bulanan kurang kerana aku parking sekejap duit aku setiap bulan (Lihat bahagian "Credit")
So, korang sudah jelas? 

Kesimpulannya disini, kalau pinjam RM 490K, korang tetap wajib bayar RM 490K (prinsipalnya).

Kita hanya boleh jimat interest bank dengan teknik ini, sekaligus mengurangkan bayaran keseluruhan dan memendekkan tempoh bayaran!

Teknik ini hanya boleh digunakan untuk 
  1. Housing loan yang Flexi & overdraf, bukan term loan.
  2. Flexi loan yang menggunakan Daily Rest Interest.
p/s: Flexi loan ini maksudnya loan yang akaunnya flexible, boleh masuk dan boleh keluar balik via ATM atau buku cek. Kalau korang punya loan takde ATM card or cheque book, tak flexi la namanya tu.

p/s/s: Nak tau lebih pasal daily rest? Baca entri ini!

11 comments:

  1. Salam en farid kalau islamic loan pun boleh buat macam ni ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en myhobbies2u. Contoh saya bagi ini adalah islamik loan homesmart hsbc. Islamik loan pon ada byk jenis i.e. term loan, flexi or semi flexi.

      Delete
  2. Salam .. terima kasih atas info ini .. rasa mcm nk refinance ke hsbc home smart .. cuma jika x keberatan, boleh sy tau brapa range tuan "park" every month sampai boleh save almost 400-500 ni? dlm 5k ke .. 10k ke .. jika tidak keberatan utk shareq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azrul. Thanks for reading my blog. (Bila la korang nak jd follower blog aku ni?? Huhu).

      Tak payah bgtau berapa saya parking, dah jelas tercatat berapa saya masuk keluar tiap2 bulan & jumlah balance vs total loan approved!

      Delete

    2. Do you need Personal Loan?
      Business Cash Loan?
      Unsecured Loan
      Fast and Simple Loan?
      Quick Application Process?
      Approvals within 24-72 Hours?
      No Hidden Fees Loan?
      Funding in less than 1 Week?
      Get unsecured working capital?
      Contact Us At :oceancashcapital@gmail.com
      Phone number :+16474864724 (Whatsapp Only)

      LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
      ================================
      *Commercial Loans.
      *Personal Loans.
      *Business Loans.
      *Investments Loans.
      *Development Loans.
      *Acquisition Loans .
      *Construction loans.
      *Credit Card Clearance Loan
      *Debt Consolidation Loan
      *Business Loans And many More:

      LOAN APPLICATION FORM:
      =================
      Full Name:................
      Loan Amount Needed:.
      Purpose of loan:.......
      Loan Duration:..
      Gender:.............
      Marital status:....
      Location:..........
      Home Address:..
      City:............
      Country:......
      Phone:..........
      Mobile / Cell:....
      Occupation:......
      Monthly Income:....

      Contact Us At oceancashcapital@gmail.com
      Phone number :+16474864724 (Whatsapp Only)

      Delete
  3. Salam En. Farid...tima kasih di atas tips yang bagus ni....cume saya nk tanye camane plak dengan semi flexi...dan saya perlu masukkan duit ke akaun simpanan atau akaun hutang rumah tu sendiri....mohon perjelaskan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam En @chik.
      terima kasih kerana sudi baca.
      Balik ke soalan tadi, perbezaan full flexi vs semi flexi..semi flexi nak keluarkan balik duit extra tu, perlu memohon ke bank. full flexi tak payah, isi buku cek & atm sahaja sudah boleh withdraw.

      yang lain semua sama...
      masuk akaun simpanan atau akaun hutang bank? entah, aku punya akaun "kombo", bank bagi satu nombor akaun je...tq

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. as salam en. farid..
    ape impact flexi loan nie klau BLR berubah?

    ReplyDelete
  6. Asslm bang....nak tanya.....apa maksud masukkan duit yang kita ada dlm akaun housing loan flexi? Kalu guna akaun yang sedia ada tk boleh ke?

    ReplyDelete