Wednesday 8 April 2015

Cerita Sedih: Kakitangan Kerajaan Kecundang Gara-Gara Scammer!


Aku dapat pm dari seorang peminat, tanya pendapat pasal masalah kewangan beliau.

Biasanya aku hanya layan pm dari anak dara yang single dan masih bergetah.

Tapi setelah baca kisah sedih beliau yang berstatus bini orang dan beranak satu, aku rasa aku perlu share cerita ni agar aku dan kamu semua dapat ambil iktibar dan pengajaran.

Nasihat aku kepada si puan ini:

  1. Tambah income. Laki bini kena buat kerja part time yang memerlukan modal yang sangat sikit seperti berniaga nasi lemak, buat part time jadi cikgu tuisyen dsbnya.
  2. Tingkatkan cash flow positif. Sekarang cash flow puan zero. Kalau duit bulan-bulan setakat ngam2, Nak buat apa pon tak boleh. Bincang dengan bank untuk buat debt consolidation. Kurangkan interest, panjangkan tenure dan kurangkan bayaran bulanan. Sekarang bayar hutang "bodoh" ni pon dah RM 2000 sebulan. Boleh tak bank adjust jadi RM 1000. At least boleh ada RM 1000 extra tiap2 bulan. 
  3. Langsaikan hutang "tak guna", hutang yang menipiskan poket ini. 
  4. Tukar liabiliti jadi aset. Rumah kalau disewakan lebih untung, sewakan la. Puan sekeluarga sewa lah rumah yang lebih murah atau balik kampung duduk dengan parent. Kereta kalau mahal sangat, downgrade je kereta murah. Pastu cuba buat kereta sewa, ramai geng2 kereta sewa dalam FB yang boleh tolong. Ataupon jadi UBER driver. So jadi driver freelance.  


PM beliau adalah seperti di bawah. Sila baca dengan hati yang terbuka.

Page 1: Intro & Problem Statement

Page 2: Pendapatan suami yang bayar hutang AKPK???

Page 3: Kisah tersontot oleh SCAMMER!

Page 4: Nasihat & motivasi aku.

Page 5: Cadangan pengadu untuk refinance rumah!

Page 6: Cadangan beliau dipatahkan oleh aku!
Pengajaran hari ini:

  1. Sebelum nak invest dalam apa-apa skim, fikir dulu semasak-masaknya. Jangan terpengaruh dengan gaya hidup mewah tukang promosi tersebut.
  2. Kalau dah gatal tangan sangat, pastikan korang leburkan hanya 20% (bukan 100%) dari simpanan korang. Anda masih boleh hidup dengan 80% baki saving dengan hati yang tenang kalau modal 20% tu hangus.
  3. Nak meminjam untuk pelaburan tu boleh, setakat 3-4 kali gaji sudah la. Ini sampai 50 kali gaji. Maknanya beliau perlukan 50 bulan gaji untuk recover loss. (Itu pon kalau korang tak berbelanja langsung!)

p/s: Farid, ko punya advise tu macam susah, membebankan dan lambat nampak hasil. Takde cara cepat ke? 
Ada. Pergi jumpa "scammer" yang menghabiskan modal ko dulu. Aku sure dia ada banyak teknik yang bagus !!

p/s/s: Siapa-siapa ada cadangan lain, sila kemukakan.

p/s/s/s: KORANG NAK BUAT SAVING UNTUK ANAK-ANAK KORANG?
Boleh whatsapps / sms / call aku di 012-9196006 (FARID - UNIT TRUST CONSULTANT)!

Panduan peta untuk pelaburan hartanah? Klik --> KOMPAS HARTANAH! 


9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ketahuilah tiada jalan mudah untuk berjaya.
    Pabila masalah besar,solution nya pun memang kene pengorbanan yang besar.
    Stop la cari penyelesaian yang senang.
    berita sedihnya,memang takde jalan mudah.
    satu je .
    1.tambah penfapatan.
    2.tambah penfapatan.
    3.tambah penfapatan.

    ReplyDelete
  3. Sekadar cadangan.
    1. Sekiranya rental rate area tu bagus, sewakan rumah tersebut dan pemilik cari rmh sewa yg lebih murah dan berdekatan tempat kerja. Ambil kira juga kos ulang alik.
    2. Konformasi dgn bank kiranya personal loan dapat di perpanjangkan tempoh bayaran balik.
    3. Gunakan skim pembayaran rmh dgn menggunakan wang dr KWSP. Wang tersebut akan di bnk in oleh kwsp secara bulanan
    4. Cari wang tambahan. Cth: packing kerepek dan letak dikedai2 makan dan kantin sekolah atau kantin kilang

    ReplyDelete
  4. Tambahan
    # Cancel perbelanjaan yg kurang perlu cth: penggunaan Astro, broadband.
    # rancang perbelanjaan kawal pengeluaran wang dari kos minyak dan makan minum di luar.
    # ringankan untuk bersedekah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Banyak tu gaji RM 4,066.00. Saya ni dalam 14 tahun bekerja tak pernah langsung dapat lihat duit gaji masuk RM 4,000.00. Kalau lah saya dapat RM 4,000.00 tu Ya Allah!! Syukur sangat, silap² saya buat kenduri doa kesyukuran.

    ReplyDelete
  7. Jika dalam proses nak selesaikan hutang, boleh dapatkan buku langsai hutang. Sungguh membantu. http://www.langsaihutang.com/hop.php?ref=awok76

    ReplyDelete
  8. 20% for unsure pelaburan (scam possibilty, MLM forex etc). 80% simpan. exactly like my father lah kakak ni. dari zaman muda mudi my father asyik nk melabur dekat scammer. hairan nye ASB taknak join. MLM pelbagai jenis join. ikut negro buat black money yg popular tahun 90an dulu tu sampai ke luar negara. ni tgh kemaruk highway group. nama da declare bankrup. sebab dia suruh my mum buat loan jg dulu2, bankrup jg my mothers name.
    kereta masa zmn muda2 dulu slalu nk kerta besar. bankrupt pun pkai kete besar, pastu guna nama orang lain buat loan. skrg, pakai kereta wira 2ndhand berkarat tu je. so, kesimpulan: pastikan cash flow sentiasa positif. jgn biarkan hutang menguasai kehidupan anda. sebab efek dia kpd keluarga jg akhirnyaa

    ReplyDelete