Sesiapa yang bekerja makan gaji sudah pasti sudah menerima gaji bulanan masing-masing hasil penat lelah mereka bekerja selama 30 hari.
Tidak kurang jugak ada di antara kita di luar sana yang kembali kepada gaya hidup 'paling asas' mereka selepas 10 hari dapat gaji kerana duit hasil titik peluh mereka bulan lepas telah habis ditelan zaman.
Simptom-simptom mereka kembali ke gaya hidup 'paling asas' amat mudah dikesan seperti makan sekali sehari, menelan mee maggi hari-hari, buat muka kesian pinjam duit dari keluarga dan kawan, sementara menunggu gaji masuk pada bulan seterusnya, jelas menunjukkan betapa kroniknya kewangan mereka.
(ni pengalaman aku sendiri ye. Mujur ada kawan merangkap banker peribadi aku Cik Niza bagi pinjam duit RM 300 tiap-tiap bulan..hehe).
Gambar hiasan (Ni kira ok lagi. Kalo housemate UTP aku dulu, En. Khai, dia masak dalam baldi) |
So bro, lu nak citer apa sebenarnya ni?
Cukup pasal sejarah silam, balik kepada tajuk di atas. (Aku nak bagitau la ni !!).
Kepada yang belum mula menyimpan, aku sarankan korang start menyimpan 10% (MINIMUM!!) dari duit gaji yang korang dapat tiap-tiap bulan.
Ini adalah sebagai 'reward' atas segala penat-lelah korang keje selama ini.
10% tu nak simpan kat mana?
Apa yang aku buat, aku simpan min 10% dari gaji aku dalam ASB.
Tiap kali dapat gaji aku make sure duit tu dimasukkan dalam akaun ASB aku sebelum hujung bulan berakhir.
Gambar Hiasan (Aku bukan ajen ASB ye. Gi le bank) |
Kira-kira dividen ASB !!
Sebenarnya, korang kena paham camne ASNB kira dividen ASB.
Dividen ASB dikira dikira secara bulanan tetapi pembayaran dividennya adalah tahunan.
Contoh
Katakan la dividen ASB yang diumumkan = 7.2% setahun
Jadi dividen sebulan ---> 7.2% / 12 = 0.6% sebulan
- Kiraan dividen bulanan ---> 0.6% x "BAKI MINIMUM DALAM BULAN TERSEBUT"
- Dividen ASB tahunan yang korang dapat = Jumlah (Dividen Jan + Dividen Feb +..........+ Dividen Dis)
So, keyword dia kat sini "BAKI MINIMUM DALAM BULAN TERSEBUT"
Case study
Katakan dalam ASB korang ada RM 5000 pada hari ini (31 Mei 2013).
Korang pulak kata "arini lepak dulu la, next week hari isnin je la gi top up RM 500 dalam ASB"
So, korang pon gi top up hari isnin bersamaan 3 Jun 2013, jadi baki ASB korang adalah RM 5500.
So hujung tahun kang, masa ASB kira dividen (katakan 7.2% p.a). Berapa dividen korang dapat untuk bulan Mei dan Jun 2013?
Jawapan:
Dividen Mei = 0.6% x RM 5000 = RM 30
Dividen Jun = 0.6% x RM 5000 = RM 30??!
Aku sure ada manusia di luar sana akan cakap begini,
Manusia itu: Gua dah top up 5 rats masa bulan Jun, brader. Apsal lu kira 0.6% x 5 ribu je?? Bukan ke darab RM 5500 ke, brader??
Aku: Wa dah cakap lu x percaya. Kan itu bank kira dalam itu bulan, berapa lu punya "baki paling minimum".
Kalau lu top up masa hujung bulan May, wa pasti bro lu punya minimum bulan Jun ada RM 5500.
Manusia itu: X#@$@@#$!
So apa lagi, sempat lagi nak gi bank top up ASB. Jangan lupa sembahyang Jumaat lak!!
Updated @ 19/6/2013 (sumber dari master prospectus ASNB) for your reference!
Salam tuan,
ReplyDeletebagaimana pula jika kita laburkan dekat investment vehicle selain ASB e.g. unit amanah Syarikat A, FD bank ABC or beli saham Syarikat Z?
Salam Tuan Abby,
DeleteTuan boleh melabur di mana-mana instrument pelaburan yg bole memberi pulangan lebih dari kadar inflasi 3-4% setahun.
Bagi saya, kalo return bole bagi 7% ke atas,kira ok la tu.
Saya guna ASB sebagai contoh, kerana ia senang difahami oleh segenap lapisan masyarakat.
haa haa untung ASB...
ReplyDeleteok saya sokong :)
ReplyDeletekalau nak keluarkan seelok2nya berapa haribulan?
ReplyDeleteany date boleh...tapi bulan tu dia kira dividen kureng sket la, sbb "baki minimum bulanan" dah sket...lepas 3hb ok kot..
Deletesalam tuan farid,
Deletekalau ikut kiraan saya kurang faham ni, kiraan dividen bukan berdasarkan baki minimum bulanan, tapi baki pada 1hb setiap bulan.. ini juga yg disampaikan oleh wakil ASNB a.k.a. wife saya ahaks..
Salam en dwen n isteri,
DeleteSaya dah update post utk jawab soalan tuan. Sila rujuk post diatas!
Masuk ASB = 1hb
ReplyDeleteKluar ASB = 1hb
sir farid, unit trust yang mana telah dizakatkan terus oleh pengurus amanah dan return nya yg baik dan banyak untung?
ReplyDeletesbb selama ni saya hanya simpan dlm tabung haji je sbb senang, telah tolak zakat secara otomatik.
Setahu saya, unit trust memang belum dizakatkan, x macam TH.
Deleteso, tuan kena kira dan keluarkan zakat sendiri.
Kalo nak invest dalam UT yg harga berubah, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.
salam, kira kalau awal bulan wdraw asb n sebelum hujung bulan masuk balik asb.. dividen tetap akan dapatkan drpd baki minimum setiap bulan kan??
ReplyDeletesalam. ye btol.
Deletewalaupon kita kuar masuk dalam bulan yg sama, still baki minimum yang diambil kira.
tujuan top ASB hujung bulan adalah supaya pada bulan depannya baki minimum adalah lebih tinggi, sebab dah top pada bulan sebelumnya.
baki minimum dalam bulan tersebut ... which means kalau saya nak maksimumkan dividen next year. dividen this year kena keluar sikit2 setiap bulan. so, contoh kalau nk bayar untuk loan bulan februari, saya kena keluarkan 1 feb instead of 31 januari?
ReplyDeleteadakah tindakan yang kurang bijak berhenti kerja dan bergantung semata-sama pendapatan asb tahunan dengan pendapatan bersih 2000 sebulan..
ReplyDeleteDlm bnyak2 artikel yg sy bca artikel ni pling mmbantu. Thanks for ilmunya ya.
ReplyDelete