Friday 28 June 2013

ASB Return 53% setahun ??

ASB merupakan satu instrument pelaburan yang famous di kalangan kaum Bumiputera sejak zaman purba lagi. Sifat unit yang tetap harganya (seringgit seunit sejak ditubuhkan tahun 1990), berserta kadar dividen yang "OK la" dan konsisten setiap tahun menjadikan ASB pilihan ramai.

Sejarah dividen ASB

Berikut adalah pengagihan dividen + bonus ASB sejak 1990 hingga sekarang.

TAHUN
DIVIDEN + BONUS
2013
7.75 + 1.15
2012
7.70 + 1.25
2011
7.65 + 1.25
2010
7.50 + 1.25
2009
7.30 + 1.25
2008
7.00 + 1.75
2007
8.00 + 1.00
2006
7.30 + 1.25
2005
7.25 + 1.75
2004
7.25 + 2.00
2003
7.25 + 2.00
2002
7.00 + 2.00
2001
7.00 + 3.00
2000
9.75 + 2.00
1999
8.50 + 1.50 + 2.0
1998
8.00 + 2.50
1997
10.25 + 1.25
1996
10.25 + 3.00
1995
10.0 + 3.00
1994
9.50 + 4.50
1993
9.00 + 4.50
1992
7.50 + 5.00
1991
8.50 + 4.00
1990
8.00 + 6.00

Dari jadual di atas, korang dapat lihat ASB declare dividen 7.75 sen seunit (or 7.75% sebab unit ASB harga RM 1.00 FIXED) dan bonus sebanyak 1.15% bagi tahun kewangan 2012.

So, secara teknikal nya, kalau korang ada duit ASB sebanyak RM 100K pada 2-Jan-2012 dan dividen diumumkan sebanyak 7.75 sen seunit (or 7.75%) pada akhir tahun kewangan 31-Dec-2012, korang akan dapat dividen sebanyak RM 7750 bila korang update buku ASB pada 2-Jan-2013.

Bonus ko tak nak kira ke?

Untuk makluman, dividen dan bonus tahunan tu cara kiraan berbeza.
  • Formula kira dividen ASB, sila rujuk entri  ini.
  • Formula kira bonus ASB adalah seperti berikut:

Katakan ASB declare bonus 1.15% pada hujung 2012
Bonus ASB bulanan =  Baki minimum bulanan x (1.15 / 120) * 100 ----- (1)  
Bonus ASB yang dapat pada 2013 = Jumlah {bonus ASB bulanan (1) selama 120 bulan}

Apsal kena bahagi 120? 
Sebab bonus tahunan dikira atas jumlah bonus bulanan korang for last 10 years (atau 120 bulan).

Maknanya, kalau sekarang ni tahun 2013, untuk kira bonus, dia akan totalkan bonus ASB bulanan korang dari tahun 2003 hingga 2012 !!!
Pendek kata, kalau setakat bukak akaun tak sampai setahun, boleh abaikan kan la bonus tu.

Untuk tujuan elearning kali ini, nak bagi senang kira dan tak nak serabutkan otak, kita totalkan je la dividen dan bonus ni 
7.75% dividen +1.15% bonus = 8.9%*!

Camne aku buat ASB return 53% setahun??

Sebenarnya, aku pakai teknik OPM.

OPM ni maksudnya Other People Money dan dalam kes ASB ni, Other People tu merujuk kepada bank!
Yes, aku telah apply teknik OPM menggunakan ASB Loan.

Sekitar tahun 2010, aku buat ASB loan sebanyak RM 180K dan jumlah pembayaran bulanan aku adalah seperti berikut:

  • MBB ASB Loan  (50K) - RM 310 sebulan
  • EASY-RHB ASB Loan (100K) - RM 380 sebulan
  • MBB ASB Loan (30K) - RM 180 sebulan
Total komitmen bulanan aku untuk ASB loan dalah sebanyak RM 870.  

So, dalam setahun, aku kene bayar dalam RM 870 x 12 = RM 10440.

Hujung 2012, katakan la ASB declare dividen 8.9%, so dividen aku adalah seperti berikut:
Dividen ASB tahun berakhir 2012 ---> RM 180,000 x 8.9% = RM 16020

Memandangkan aku hanya keluarkan RM 10440 setahun, tapi Return on Cash aku adalah:

% Return on Cash = [(Total Dividen - Cash Spent) / Cash spent] x 100
                             = (16020 - 10440) / 10440] x 100
                             = 53.4% setahun.

So, tu je teknik OPM tu, pakai duit orang i.e. BANK! .

Hasil selepas 4 tahun! Walaupon dividen tahunan meningkat, bayaran bulanan masih sama RM 870!



Kalau kita simpan sendiri duit dalam ASB tiap-tiap bulan tak OK ke? Tak payah amik loan.

Aku: "Ewah, kalo kereta yang susut nilai ko sanggup amik loan 9 tahun. ASB tak sanggup."

Aku bagi contoh.
Katakan korang boleh simpan cash sebulan RM 870 jugak, hujung tahun dalam ASB jumlah terkumpul adalah RM 10440.

Bila declare dividen 8.9%, RM 10440 x 8.9% = RM 929 (nilai sebenar kurang lagi sebenarnya, refer kiraan dividen ASB).

So, aku rasa kalau bab nak beranakkan dividen, cara top up sikit2 pakai cash ni lambat.

"Kalau tanak pinjam bank, boleh tak aku pinjam duit beradik, kawan-kawan or sedara mara ke kalau nak buat teknik OPM ni?"

Aku menjawab, "Kalau ko muka tebal, makan semeja dengan diorang tanpa rasa segan kena perli, Silakan!"

Sekian, terima kasih.

p/s: Kesan buruk ASB loan ni, dia appear dalam CCRIS so mungkin akan menyusahkan korang kalau nak apply loan lain!

47 comments:

  1. en farid saya pun ada buat ASB loan nie..tapi yang merisaukan saya ada yang ckp ASB nie Haram..adoila...boleh komen sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk link ni
      http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

      Delete
  2. terima kasih tuan. nk bertanya. saya ade buat loan asb 100k dgn bayaran rm596 sebulan selama 25tahun dgn maybank. sudah masuk tahun ke 3 skrg. klau sy terminate asb saya pada tahun ke 4. berapa total yg sy perolehi pada akhir tahun ke 4 tu? klau ade formula. bg la. sbb sy ade dgr, nnti kne byar kt bank or bende lain. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nape nak terminate ye? Dulu penah sy terminate sekali.prinsipal yg dah byr dia pulangkan.

      Delete
    2. haah betul tu, saya malas nk kira bape dpt, sy g bank tny jer if sy terminate...

      Delete
  3. Ya pakai easyrhb..tp installment dia sebenarnya meningkat..kena tengok penyata..kalau kita byr 380..je...still ada lebih interest kena byr sebenarnya..mmg kureng asem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik shima,
      mari kita fikir dari sudut lain. kalau saya offer cik shima bayar saya RM380 bulan2 (or RM 4560 setahun), hujung tahun saya bagi cik shima RM 8000, cik shima rasa ok x offer ni?

      itulah pendapat saya mengenai easyrhb asb loan. bab interest tu x payah pikir sgt. yg penting cash flow positif.

      Delete
  4. yg easyRHB tuh murah gila interest nye?brape lame ikat tuh? rm380/month utk 100k financing? yg mbb 50k daa rm310/month...ke zaman promo bile yg easyRHB ni?tgk kat http://www.rhb.com.my/easy/easy_asb.html min payment utk 100k financing daa rm621, byk beza tuh....kalau dapat 380/month lgk sy pon nak apply hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. nam66,
      ni offer lama easy rhb masa mula2 launch rhb "pink" ni tahun 2009-2010.

      cuba google "asb loan easy rhb 2010", persoalan anda akan terjawab. pakej sekanag mmg xde dah. tunggu la mana tau dia ada offer balik...huhu

      Delete
  5. Salam TUAN..banyak info2 yang menarik di blog tuan ni.. rugi saya baru jumpa semalam hahahaha~

    saya nak minta pendapat serta pandangan tuan, anggap tuan yg buat benda ni hehe.. KALAU TUAN BUAT LOAD ASB TUAN AKAN BUAT UTK TEMPOH BERAPA LAMA?
    A) PENDEK,
    B) SEDERHANA
    C) PALING LAMA

    saya berharap dpt jawapan yg ringkas tetapi penuh ilmu dari tuan.. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan SkyBOX...

      Jawapan ringkas dari saya.
      Amik la loan ASB yang paling besar, yang paling lama dan bayaran bulanan yg paling sikit. baru ada positif cash flow.

      Kalau akan datang ASB dividen tak menguntungkan, terminate aja. Jangan terlalu obses nak pertahankan teknik kita kalau dah tak untung.

      Delete
  6. Alhamdulillah..konsep Other People Money i.e bank memang berkesan....
    saya setuju ASB sebagai instrument simpanan..bukannya pelaburan..tapi yang untung lagi dividend & bonus ASB boleh transform utk sebagai instrument pelaburan-i.e modal bisnes bla..bla...
    kalau dah 5 thn dividen atas pelaburan RM200K-tak ke busuk2 bole dpt rm 100K; bole guna sebagai modal bisnes ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasyafi, agreed with you. dividen ASB tu boleh withdraw je kalau dah meet your investment goal. cuma saya target nak asb saya beranak dari RM 300K ke RM 2.4 juta. kena peram 27 tahun la.

      Delete
    2. cukup haul dan nisab kena bayar zakat, jangan lupa

      Delete
    3. betul, simpan2 jgak, kewajipan bayar zakat tiap2 tahun jgn lupa

      Delete
  7. Pada saya lagi baik simpan dari ambik loan asb. Sbb loan asb tinggi and pulangannya mmg tk berbaloi dengan jangka tahun yg patt kita byr. sbb abg sy dah ambik loan nie selama 30 tahun, padahal loan dia baru RM30k. padahal jangka masa 30 tahun tu, kita boleh dpt lebih dari pada tu. tu la abg sy bila dh ambik baru nk cakp, sy buat calculation depan dia baru dia nampk.

    Saya mmg tak sarankan dia ambik loan asb, klu dia simpan dalm asb sy galakkan.
    sbb dah confirm asb bgi dividend kan.

    Saya pun dah tak guna asb dah, sbb sejak sy jadi agent unit trust dan saya tahu asb not islamic so sy tukar kepada unit trust islamic fund. sbb sy rasa unit trust lagi menguntung kan blh bgi return 10 to 12 % every year klu folow the strategy.

    klu nak info mengenai Public mutual boleh la contact sy di rosnahzakaria.pm@gmail.com atau boleh call 019-3647560 (rosnah).

    sekadar untuk sharing. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal status halal Asb, saya dah komen seperti diatas.
      Pasal unit trust public mutual, saya adalah pelabur Mutual Gold merangkap agent UT. I believe there is pros and cons in UT investment.

      Delete
  8. Dengar cerita mulai thn dpn dah xde asb loan lg. btul ke bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer orang je, mungkin betul, mungkin x betul...masuk je 2/1/14, cuba tanya bank MBB, CIMB, RHB balik..amik offer yg "terbaik"..!

      Delete
  9. Salam..nak tanya juga.. Saya ada buat ASB Loan dengan Maybank dan Easy. Saya nak terminate kedua2 nya pada awal bulan satu 2014. ASB Maybank jika kita terminate berapa dapat balik pulangan yang kita simpan tiap2 bulan itu. Contoh ASB Maybank RM 30,000 and bulan2 rm180. Loan dah 27 bulan. jadi saya dah bayar rm 4,860. Jadi saya nak tahu agak2 berapa saya dapat balik drpd jumlah tersebut. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi jer kt maybank tanya kalu saya nak terminate sy dapt bape pulangan... dorang layan..

      Delete
  10. nak tnye..mcmna nk kira jumlah principal yang kita akan dapat balik bila terminate asb loan?
    Sy dah pinjam sejak Jun 2009 dan Jun 2014 saya terminate (6thn) untuk rm10000 loan asb.. Brapa agaknya yg saya akan dpt blek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pandai kira tapi saya g tanya bank sebelum saya terminate...

      Delete
  11. ISLAMIC KE NON ISLAMIC KE SEMUANYA RIBA..
    UTK YG ISLAMIC BACK DOOR RIBA..
    JAUHKAN LA DIRI DARI RIBA NI
    BALIK PADA YANG ASAL..
    TERMINATE ASB
    SIMPAN LAH EMAS.. EMAS ADALAH MATAWANG YANG SEBENAR.
    KALIS INFLASI SNTIASE MNINGKAT..


    http://www.lyssasecret.com/2015/01/gandakan-duit-simpanan.html

    ReplyDelete
  12. pengalaman sendiri
    http://salutensb.blogspot.com/2015/02/part-i-asb-loan-rhb-penipu.html

    ReplyDelete
  13. saya dah terminate asb loan maybank saya. alhamdulillah dapat banyak gak sebabdah lebih 3tahun melabur.

    ReplyDelete
  14. nape loan en yg RHB tu bln2 sikit je byr rm310? utk 100k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pakej easy rhb tahun 2010, 5 tahun pertama hanya bayar interest. sekarang takde dah.

      Delete
  15. saya dah ada rm106k ( ODASB ) dan asb cash rm40K. dan saya berminat nak buat loan asb rm200k untuk jadikan rm346k, tapi saya tengok pada penyata asb limit hanya rm200k sahaja. boleh ke kalau buat lebih rm200k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh.
      asb limit hanya increase melebihi 200k atas 2 sebab:
      1. dividen
      2. wasiat. kalau simati wariskan asb dia kepada pewaris, limit pewaris akan naik ikut nilai baru..

      Delete
  16. Nak minta tolong, sya tutup ASB loan , mula bayar 1.7.2015 hingga 1.08.2015
    (2tahun) jangka masa loan 25 tahun
    Persoalanya berapakah yang akan sya dapat?
    Harap tuan2 dapat membantu,
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa yg en. ison dapat? hmm...hanya bank je boleh jawab. bank boleh siap tolong kira berapa penalti yg kena..tq

      Delete
  17. Salam.ncik.. Sya nak tnya..sbelom ni sye ada buat asb loan 20k..dan sekarang ni dah terminate..lbih kurang dlm masa 2 mnggu sya update buku..n total amount yg sya dpat rm600 je..tlong jelaskan..adakah bulannan yg kita byar tu dpat blik semua..ataupun disbabkan ada potongan trtntu..trima kasih

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. As salam En.farid.. sy nak tanya.. kalu nak buat bayaran untuk setahun guna dividen,bagaimana?

    ReplyDelete
  20. Teknik OPM memang bagus, macam kita pinjam bank buka bisnes, tapi dengan OPM ASB Loan, kita pinjam kita simpan, tiap tahun dpt dividen dengan hanya duduk saja di rumah tak perlu jual barang atau pening kepala nak urus bisnes yang entah bila akan dpt balik mudal dan jana keuntungan.....

    ReplyDelete
  21. Hmmm I have got real pleasure from your blog and also Derived a benefit from this information you imparted to us. Thanks
    payday loans

    ReplyDelete
  22. Pelaburan ASB selamat dan terjamin. KAlau bayar balik dengan penuh disiplin seiap bulan, dan jangan ambil bonus dan dividen setiap tahun.. sudah tentu dalam 5 hingga 10 tahun, mesti dah banyak wang simpanan dalam akaun asb. Baik untuk hari tua sama seperti epf atau kwsp.

    ReplyDelete
  23. macam mana sijil asb bleh 243k. bukan bank limit to 200k ke skarang?

    ReplyDelete
  24. apply asb 200k terminate selepas 3 tahun berapa yg dapat?

    ReplyDelete
  25. kalau saya nak terminate asb loan yg baru 2 bulan dkt maybank ada penalty tak?

    ReplyDelete
  26. Sesiapa yang pernah setel loan asb? Ada rebate ke dpt apa2 ke selain dividen dan nilai setelment?

    ReplyDelete