Monday, 30 March 2015

KISAH BENAR - TELUR EMAS SETIAP BULAN

Aku rasa idea penulisan ini bermanfaat.
Copy paste dari email marketing DSR Group! 
=================================================================
[KISAH BENAR - TELUR EMAS SETIAP BULAN]

Beli apartment A.

Tahun 1

Monthly installment Apartment A - RM1,200. 
Sewakan pada RM1,700. 

Duit gaji direct bayar installment. Duit sewa buat saving. 

Cukup setahun dah boleh kumpul RM20,400.


Tahun 2

Modal terkumpul RM20,400. 

Target beli apartment B. Target harga RM160k. 

Alhamdulillah dapat below market. Boleh markup loan. Dapat balik modal RM20,400.

Sewa apartment B cukup-cukup boleh bayar installment. Tapi possibility untuk appreciation lebih tinggi. 

Apartment A - Naikkan sewa RM1,800. 
Cukup setahun dapat kumpul RM21,600.

Total saving selepas setahun = RM42,000.


Tahun 3 


Modal terkumpul RM42,000. Repeat step di atas. 

Target Apartment bernilai RM300,000.


Tahun 4 

Repeat step di atas. Refinance Apartment A. 

Target Condo bernilai RM500,000 pula.

.
.
.
.

Dan begitulah seterusnya.. sampailah boleh dapat rumah idaman bernilai jutaan ringgit.

Dalam tak sedar, aset bertambah, saving pun bertambah.

Yang penting bermula dahulu. 

Dan paling penting, bermula dengan hartanah yang tepat. 

Hartanah yang boleh berikan anda telur emas setiap bulan.

Saturday, 21 February 2015

Cerita Unit Trust : RM 100? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Seratus ringgit? RM 100? Berapa cepat duit RM 100 boleh hilang dari wallet kita?

Aku tak tau la korang, tapi kalau korang bagi RM 100 kat aku, aku boleh setelkan dalam masa 30 minit. Pergi petrol pam, isi minyak penuh RON 95 (60 liter x RM 1.70) = RM 102. SELESAI!
Kalau korang ada note RM 100 lagi, bak sini bagi aku. Nak beli rokok pulak, Malboro Light RM 13.50 x 10 kotak = RM 135.00. SELESAI untuk stok aku naik laut.  

Memandangkan aku boros dan kurang disiplin bab menguruskan perbelanjaan duit cash ni (sebab aku pakai CC), dari segi lahiriahnya memang boleh jatuh muflis.


Cukup la bebelan, balik ke perkara pokok. Aku tak mahu RM 100 keluar dari poket aku tanpa kembali semula. Jadi aku mula buat simpanan untuk anak kecik aku, Acha! Buat satu akaun unit trust Public Islamic Opportunity Fund untuk dia, isi borang Direct Debit RM 100, pastu jangan tengok-tengok dah.

Akaun PIOF Acha yang aku bukak dan simpan RM 100 sebulan sejak Acha umur 11 bulan.

Konsisten tanpa miss (sebab aku buat direct debit. Tak sempat nak pakai, dia dah sedut dulu masuk akaun Acha.)
 

Jumlah pelaburan yang dibuat dari Day 1 sampai 20/2/15 = RM 8700

Kalau withdraw sekarang, value sudah RM 13232 (benar pada tarikh tertera)!! 

Hmm..not bad la. Dari duit RM 100 sebulan tu hilang entah ke mana, at least ada la hasil sikit. 
Kesimpulannya, inilah power of Forced Saving secara Direct Debit. Lebih disiplin, lebih konsisten!

KORANG NAK BUAT SAVING UNTUK ANAK-ANAK KORANG?

Boleh whatsapps / sms / call aku di 012-9196006 (FARID - UNIT TRUST CONSULTANT)! 


Thursday, 8 January 2015

PRAY FOR PANTAI TIMUR

Disember 2014, pantai timur sekali lagi diuji dengan bencana banjir yang tidak kurang dasyatnya.

Seluruh Malaysia, jumlah mangsa banjir dipindahkan hampir mencecah 150,000 orang dan 85% daripadanya adalah mangsa dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tak payah ceritalah pasal kos kerosakan, sedia maklum dah. Memang terlalu banyak harta benda, rumah, kenderaan, keperluan asas dan lain-lain yang si mangsa sahaja yang tahu. Rumah yang dibina dari duit hasil kerja seumur hidup juga habis musnah.

Aku doakan kepada mangsa-mangsa banjir agar bersabar dengan ujian yang dihadapi. InsyaAllah ada hikmah di sebalik ujian yang melanda.
Kepada pada sukarelawan yang seikhlas hati membantu di sana, aku tunduk hormat pada tuan puan. RESPECT!








Sumber gambar: Internet

Thursday, 6 November 2014

Menyelami masalah kewangan IKAN!

Aku ada dapat email dari seorang pembaca blog yang sudi berkongsi status kewangan beliau dan minta aku fikirkan.
Beliau seorang perempuan dan merupakan kakitangan kerajaan (but sudah jadi bini orang....hmmm).

Emailnya berbunyi begini.







Panjang kan cerita dia ni, so aku kelaskan soalan dia kepada beberapa perenggan untuk mudah aku
jawab.

Ni jawapan aku untuk cik puan ikan ni.

Perenggan no 1: Bayar lebih untuk setel hutang honda City. 
Bayar lebih hanya mencepatkan bayar hutang, tapi TIDAK menjimatkan interest. Untuk makluman, hutang kereta adalah ditetapkan masa kita sign loan, sebab loan kereta adalah FLAT rate!
Kalau jumlah loan + interest adalah RM 50K, u kena bayar RM 50k jugak.
Cara cepat nak setel hutang kereta, jual je kereta tu!


Perenggan no 2: Tiada dana kecemasan tapi ada emas RM 30k.
Aku rasa untuk tujuan dana kecemasan, puan masih perlukan cash. Sebab kalau perlu duit tengah2 malam, bila masa nak pegi pajak emas. Gunakan duit extra RM 500 bayar kereta tadi, masuk dalam dana kecemasan.

Perenggan no 3: Nak beli rumah ke nak beli ladang?
Bergantung. Keperluan asas manusia mesti ada rumah, jadi cari la rumah dulu untuk keluarga puan. Takkan nak duduk dalam ladang kelapa sawit pulak. Kalau dah ada rumah, terpulang la pada puan nak beli rumah seterusnya atau ladang, janji boleh mendatangkan hasil bergantung pada masa, lokasi dan harga.

Perenggan no 4 / 5 / 6: 
Jumlah gaji bersih puan adalah RM 1692.11, selepas campur nafkah sang suami tolak perbelanjaan bulanan. Simpan semua duit ni dalam ASB, TH atau unit trust (bab unit trust boleh contact saya terus, hehe). Cukup 12 bulan, jumlah simpanan sudah ada RM 20,305 (tidak termasuk dividen). Kalau berjaya sampai peringkat ni, saya yakin puan akan seronok tengok baki dalam akaun.

Biasanya, pada peringkat ini, puan akan mula jadi TAMAK. Puan akan terus menyimpan RM 2500 sebulan supaya hujung tahun nanti baki akaun puan ada RM 50,000 pulak!

Kesimpulannya, back to basic. Strengthen your foundation first before taking more loads.

Sekian saja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat.

p/s: Besar jugak gaji orang gomen ni, not bad.

Sunday, 31 August 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta!

Hari ini 31 Ogos, aku ingin ucapkan "SELAMAT HARI MERDEKA".

Mari kita rakyat Malaysia rapatkan barisan dan bersatu mempertahankan kemerdekaan negara kita.
Hargailah pengorbanan perajurit negara mendaulatkan tanah air tercinta. 

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !







p/s: Negara sudah 57 tahun merdeka, aku masih bertatih untuk keluar dari jajahan "hutang". Semoga aku dapat berlari dan terus "merdeka" satu hari nanti! Amin. 

Friday, 29 August 2014

Balance Transfer Again!

Musim Raya dah berlalu, duit pon banyak dah habis. Hutang kad kredit sudah menggunung. Hakikatnya, aku kurang disiplin kalau bab berbelanja ni. Bajet bulanan sudah dibentangkan dan di"review" setiap bulan, tapi biasa la kita hanya merancang.

Hasil perbelanjaan sepanjang bulan Julai, sampai sudah statement credit card (CC) aku bulan ni. 
Statement balance bagi Maybankard untuk bulan ini, kena dalam RM 6000 ++.  

Statement kebocoran duit!

Untuk tidak kena interest, aku kena bayar PENUH sebelum due date iaitu 3 Sept 2014. Aku dah check bawah bantal, dalam tabung Rimau, bawah kerusi kereta, tak cukup nak bayar full bulan ni.
So, jalan penyelesaian untuk ini adalah balance transfer.

Download form balance transfer dekat website bank, isi hutang kredit kad bulan ni (campur dengan hutang-hutang kredit kad lain, kalau malas nak bayar) dan email balik ke email "customer service".


Ni form yang aku isi dan submit pada 26/8/14. Total hutang transfer, RM 8800.
Hari ni 29/8/14, aku check balik Maybank2u online, check bahagian hutang CC, "tadaa!"...hutang sudah settle!
Lepas 3 hari submit form, hutang sudah selesai.

Misi berjaya! 
Full settlement hutang CC bulan ni, settle sebelum due date dan balance transfer 0% interest.

Cuma starting next month, aku kena bayar bulan-bulan dalam RM 1466 ke kad PBB selama 6 bulan. huhu.
At least duit RM 8000 tu boleh rolling ke tempat lain dulu, daripada aku bayar lumpsum ke bank MBB.

Sekian.  

 p/s: Balance transfer ini adalah teknik pindah hutang dengan kadar yang lebih rendah. Hutang masih hutang.

Disclaimer: Jangan ingat hutang korang dah langsai terus dan penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca terus miskin lepas menggunakan teknik ini.


Sunday, 10 August 2014

OPR naik 25 mata? Apakah kita terkesan?

  1. Salam hormat kalian,
  2. Tanggal 10 Julai 2014, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate sebanyak 2.5 mata asas kepada 3.25 point. 

Laporan berita berkenaan kenaikan BLR


Abang Farid, OPR ni apa? 
Sayang, sebenarnya bank-bank ni bukannya ada duit. Bila bank A nak buat bisnes bagi pinjaman kepada customer, bank A pun akan pinjam dari bank B. 

Jadi, bank negara akan tetapkan kadar interest atas pinjaman antara bank ini. Kadar interest ini dipanggil Kadar Dasar Semalaman atau dalam bahasa jawanya "Overnight Policy Rate" or OPR.   

So Abang Farid, bila OPR tinggi, apa kesan pada bank meminjam?

Sayang, bila OPR naik, maknanya bank yang meminjam kena bayar interest tinggi kepada bank yang dipinjam. Jadi bank yang meminjam punya untung sudah kurang.

Untuk cover loss ni, bank yang meminjam akan berpakat sesama mereka, dengan restu BNM untuk menaikkan BLR, naik sebanyak 0.25% 

  • Untuk local bank seperti MxB, CxMB dan sewaktu dengannya, kadar BLR naik dari 6.6% ke 6.85%.
  • Untuk internasional bank seperti Al-Raji dan sebagainya, kadar BLR naik dari 6.9% ke 7.15%.
Abang terkesankan dengan kenaikan OPR & BLR ni?

Sayang, abang orang jawa. Orang jawa jiwanya kental. Laut dalam akan kurenang, inikan pula naik turun BLR.

Realitinya, efektif 1/8/14, abang kena bayar lebih untuk bayaran installment bulan abang.
Contohnya seperti housing loan Al-Rajhi ni, BLR sudah naik dari 6.9% ke 7.15%. Kesannya seperti dibawah.

Penyata terkini potongan bulanan housing loan abang.

Eh, sian abang Farid kena bayar extra tiap-tiap bulan, nak saya tolong?
Takpe lah terima kasih. Cik Zura ada kat sebelah ni...hehe..